You don’t have to be big. You have to be remarkable

Nasi Budget RM5 Murah Dan Sedap Di De Dapur Sdn Bhd

Nasi Budget RM5 Murah Dan Sedap Di De Dapur Sdn Bhd  | Nasi Budget Murah KL | Nasi Budget RM5 | Makanan Murah Area Bangsar | Santai Makan | Makan Makan RNC


Assalamualaikum 

Isnin last week settle keje luar, dah plan lunch nak beli Nasi Ayam Goreng Rempah yang sememangnya sedap dan sangat-sangat puas hati. Tapi malangnya tak de pulak hari Isnin tu yang ada food truck lain. Food truck baru. Saya ni susah sikit nak cuba yang baru. Bila dah biasa dengan yang sama, akan kekalkan yang same tu je selagi kualiti dan servis elok. Tak kisah la apapun. Membeli online pun same. Kalau kualiti ok, servis ok memang saya setia kat situ, kalau dua kriteria ni kelaut memang no more lah!.  

Mulanya saya nak terus balik je tanpa singgah kat food truck yang baru bukak ni. Kebetulan ada yang bagi-bagi flyer menu. So saya pun ringankan mulut tanye lauk apa. 'Daging salai masak lemak cili api' katanya. What? Memang terus berhenti dan beli lah saya. Kebetulan masak lemak cili api ni memang fave saya.. Tapau terus dua bekas. Satu lunch & satu dinner. RM5 sebekas. Sambil masukkan bekas nasi yang saya order tadi dalam plastik sambil buat promosi. 'Setiap hari akan ada di sini dan setiap hari ada 2 menu yang berbeza. FREE AIR'. Bagi saya murah la RM5 dapat nasi putih, lauk, sayur dan air kosong. Ok la kan. Sekarang ramai yang nak bajet dan ramai jugak member2 blogger yang saya tengok di IG dah bawa bekal ke ofis sambil 'diet'. Keep it up. 

Di petik daripada FB De Dapur Sdn Bhd





Untuk menu 2 hari Isnin tu Alhamdulillah saya puas hati dan kenyang. Cume kuah je kurang. Saya ni jenis suka makan banyak kuah.. Rasa pun sedap. InshaAllah next time saya akan order lagi. Menu hari Jumaat tu macam menarik je..


Tag : food
0 Comment for "Nasi Budget RM5 Murah Dan Sedap Di De Dapur Sdn Bhd "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top