You don’t have to be big. You have to be remarkable

Yakin Dengan Diri Anda, #makeyourmark dengan Bio Oil

Yakin Dengan Diri Anda, #makeyourmark dengan Bio Oil | Kempen #makeyourmark Bio Oil | Kebaikan Bio Oil 

Assalamualaikum 




Elaine Daly, Pelakon, Hos TV, Pengarah Kebangsaan Miss Universe Malaysia Organization, Pengarah Saluran www.hurr.tv


"Ketahui nilai diri anda; apa yang anda ada dan apa yang anda perjuangkan. Tahu apa yang anda mahu, tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda (tidak ada matlamat yang terlalu kecil!), dan bila anda akan mencapainya. Pengurusan masa sudah pasti menjadi cabaran terbesar sekarang. Menjadi ibu bekerja (seorang anak berusia dua tahun setengah dan mengandung 7 bulan), saya perlu menguruskan masa saya dengan betul supaya saya dapat menjaga mereka yang paling saya sayangi. Mempunyai jadual yang dapat saya ikuti membantu. Mengutamakan yang penting, mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan jumlah masa yang tepat untuk diri sendiri adalah kunci dalam menghadapi cabaran pengurusan masa.

Banyak yang saya perlu uruskan; keluarga, kerja, jadual yang perlu dijaga, sekurang-kurangnya saya tahu dengan Bio-Oil saya tidak perlu risau. Saya biarkan ia memainkan peranannya dan biarkan ia menjaga kulit saya dengan kelebihan minyak semulajadi. Selain penggunaannya untuk menyegarkan dan menyuburkan kulit, saya menggunakannya pada perut saya untuk menghindari kesan regangan, sebagai langkah pencegahan untuk mengelak tanda regangan. Ia melembap dan apa yang saya sukai ialah ia tidak meninggalkan kesan berminyak. "- Elaine Daly



Bulan ini, Bio-Oil Malaysia memberi penghormatan kepada wanita-wanita Malaysia yang luar biasa dengan kempen #makeyourmark.

Menyedari bahawa masyarakat kini mempunyai persepsi yang tidak realistik mengenai badan yang sempurna sehingga menyebabkan rasa tidak yakin dan mempunyai imej negatif terhadap diri sendiri, kempen #makeyourmark memperkasakan wanita supaya berasa selesa dengan diri sendiri dan mengingati mereka tentang nilai diri.
"Di Bio-Oil, kami memahami perjuangan seorang wanita. Kadang-kadang, rasanya seperti kita diharap untuk melakukan semuanya dan tetap kelihatan cantik! Apabila anda berfikir dengan teliti, ia sebenarnya bukan satu pencapaian yang mudah. Oleh demikian, kami berada di sini untuk mengingatkan wanita bahawa mereka semuanya cantik dalam cara tersendiri, bahawa mereka semua kuat dan luar biasa; dan mampu menjadi yang terbaik. Dan dalam perjalanan kehidupan diri, anda boleh bergantung kepada Bio-Oil untuk menjaga keserian kulit tanpa kesan. Marilah kita semua memadamkan keraguan pada diri sendiri dan sayangi diri anda supaya anda dapat melangkah jejak dengan yakin dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran." kata Ms. Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil Malaysia.
Kempen #makeyourmark adalah bahagian pertama kempen #iamremarkable yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018 untuk memperkasakan para wanita. Kebanyakan wanita menggemari untuk kelihatan terbaik, biarlah Bio-Oil menjadi sebahagian daripada perjalanan anda untuk mencapai kulit yang cerah dan sihat. Ini bertujuan memperkasakan para wanita untuk mengejar impian mereka dan pada masa yang sama berasa selesa dengan diri sendiri.
 
Berikut adalah perkongsian beberapa wanita luar biasa tentang pengalaman mereka dengan Bio-Oil:


“Bio-Oil membantu saya kelihatan muda selama mana yang termampu. Ia membantu dalam masalah kekeringan dan melembab kulit saya tanpa meninggalkan kesan berminyak. Saya lebih yakin dan selesa dengan kulit saya sekarang! " kata Madam Molly Khoo, Pengasas Heritage Village Restaurant.


“Bio Oil adalah minyak penjagaan kulit pakar yang hebat yang menyokong wanita dengan memberi penjagaan yang terbaik untuk kulit kita. Ia sama seperti minyak bayi, tetapi baunya mengagumkan, ringan, tidak berminyak dan mudah diserap. Saya syorkan untuk semua!” kata Nadia Hasbi, Pengasas Fit Rebel.
Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable
Kempen #makeyourmark adalah yang pertama dalam kempen sepanjang tahun Bio-Oil bertajuk #iamremarkable. #iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Mengenai Bio-Oil
Bio-Oil adalah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.



0 Comment for "Yakin Dengan Diri Anda, #makeyourmark dengan Bio Oil "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top