You don’t have to be big. You have to be remarkable

Khatan Baby Girl Di Klinik Sulaiman Taman Greenwood

Berkhatan Baby Girl | Berkhatan Baby Girl Area Gombak | Berkhatan Baby Girl Area Greenwood | Harga Berkhatan Baby Girl | Klinik Sulaiman Taman Greenwood 

Assalamualaikum.. 

Sebelum habis pantang kena khatankan baby. Mama dan MIL dah remind. At first plan nak khatankan kat Klinik Idzham. Saya call dulu tanya harga dan juga ada sediakan servis khatankan baby girl tak. Klinik Idzham memang ada sediakan baby girl tapi bukan cawangan yang berdekatan dengan saya. So, saya call cawangan Melawati dan tanya boleh walk in or kena buat appointment dulu serta boleh ke sunatkan baby 40 hari. Then CS die jawab better tunggu 3 bulan harga RM70 .. Alright !


Disebabkan malas nak ke cawangan Melawati  saya call Klinik Sakinah. MIL yang inform buat kat Klinik Sakinah. Depan rumah je kalau shortcut dengan motor.. Saya call dulu tanya ada servis tak dan harga berapa.. Harga kat Klinik Sakinah RM60. Last sekali call Klinik Sulaiman sebab ada pak cik area taman ni inform Lurviey sunatkan baby kat Klinik Sulaiman je..


Siap-siap terus ke Klinik Sulaiman selepas Zohor.  Klinik Sulaiman ni terletak kat area Taman Greenwood.. Parking je la susah sikit.. Ramai juga orang masa saya pergi. Sampai kat kaunyer daftar baby dulu.. Then sampai turn baby terus masuk bilik, baringkan baby atas katil dan bukak pampers. Doktor Sulaiman tu dah agak berusia, pangkat ayah2 datuk dah, dan friendly. Doktor cucuk ubat bius dulu. Saya takut nak tengok sebab teringat entri Cara Wanita Dikhatankan .. Masa cucuk bius tu la baby nangis, kemudian doktor sunatkan baby. Sekejap je. Tak sampai 5 minit pun dah settle. Alhamdulillah, settle bab berkhatan baby.

Sebelum khatan baby saya tanya mama pasal sunat sebab takut la kan baby sakit rasa pedih ke, demam ke.. Tanya MIL, kurang pasti sebab semua anak lelaki, so tak pernah ada pengalaman sunatkan baby girl. 

Kalau zaman dulu bidan kampung yang sunatkan. Even now pun masih ada bidan kampung yang sunatkan baby girl. Total kos sunatkan baby kat Klinik Sulaiman RM40 sahaja. Murah kan? Murah dan bagus servisnya. Klinik pun selesa berhawa dingin cuma parking je susah.. 

0 Comment for "Khatan Baby Girl Di Klinik Sulaiman Taman Greenwood"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top