Rumah & Bilik Sewa Murah Area UM Dan Bangsar

Assalamualaikum...


Rumah & Bilik Sewa Area UM Dan Bangsar | Ada yang mencari rumah dan bilik sewa area UM or Bangsar? Meh sini aku nak kongsikan tempat yang selesa, selamat, murah (depend on your budget), yang penting privacy. Selepas grad aku sempat duduk kat kondo jap tapi bukan jiwa aku nak duduk rumah dan share bilik macam tu even secure. Ada la hal dalaman yang sukar untuk aku nyatakan disini. Biarlah rahsia gitu..

Selepas duk kondo sebulan aku check ada kekosongan bilik di hostel Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ala yang dekat dengan Restoran Amjal tu, berhadapan dengan main entrance UM, dekat dengan Stadium Hoki serta IPG tu.

Alhamdulillah selesa... Yang penting privacy dan tak yah kongsi katil. Satu bilik dua orang. Setiap orang ada katil, tilam, bantal, kerusi, meja, loker untuk letak makanan etc, dan almari. So, tak payah nak pening pening sharing ke apa benda semua. Bawa badan dan pakaian sahaja. 

Kelengkapan yang ada seperti peti ais, coway, microwave (tak boleh masak ye wakkk.. Take note pleaseee!!) dan wifi.. Ada surau dan bilik tv (tapi tv macam tak de siaran pun..). Kalau korang bawa kenderaan, parking terhad. Refer pihak pengurusan sebab aku kurang pasti. Yang penting dekat dengan LRT. Ikut korang la nak naik LRT Universiti atau LRT Kerinchi.. Aku prefer LRT Kerinchi, around 15 minutes macam tu la jalan kaki daripada hostel tu. Lagipun dulu aku kerja kat Plaza Pantai tu, jadi setiap hari jalan kaki dan no hal lah ! 

Di sebabkan aku kerja sendiri memang whole day and most of the time aku working from hostel je. Hanya perlukan wifi (agak laju, just some time ada jugak probs tapi jarang jarang) dan tak perlu nak fikir bayar bil air or elektrik. Hanya RM300 sebulan.

Deposit perlu bayar ke? Yes for sure ada deposit + access kad. Kalau mase aku masuk dulu tahun 2011 around RM305 deposit (inc access card). Now tak pasti la berapa..

Bersebelahan PPPM ni pun, Bangunan Tunku Kursiah, ada sewakan bilik juga, harga lebih kurang tapi bilik kecil sikit sebab roomate aku pernah nak pindah sebelah then bila tengok bilik terus tak jadi. Luas lagi bilik kat PPPM. Tapi kat Tunku Kursiah tu ada lif. Lol.. HOSTEL YANG AKU  CERITAKAN NI KHAS UNTUK PEREMPUAN SAHAJA YE.. 

Hari Sabtu or Ahad kadang kadang ada event, Jadi, jangan terkejut kalau dengan suara budak budak perempuan menyanyi, or bising bising.. Tu je la nak kongsi, sebab kebetulan tengok ramai sangat orang cari bilik sewa tapi tak nak kongsi, tapi nak dekat dengan public transport rasanya kat sini la sesuai korang mohon nak duduk. Boleh try request bilik tak nak kongsi tapi bayar double la..  

Kat bawah ni detail PPPM. Boleh call tanya terus.. Jangan cakap tengok iklan pulak.. Ni bukan iklan tapi sekadar perkongsian je.. Nak mudahkan korang yang cari bilik Yang duk sini mostly Master/Phd student, nurse, lecturer dan yang kerja area berdekatan dengan hostel ni.


Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu,
Wilayah Persekutuan,
59700 Kuala Lumpur

Nombor Telefon 03- 2282 7776


1 Komentar untuk "Rumah & Bilik Sewa Murah Area UM Dan Bangsar "

Info bermanfaat ni, kekadang susah nak Cari rumah sewa kalau takde maklumat. Tapi bila dah ramai yang sudi share ianya memudahkan urusan orang lain. Nice sharing Naniey. 🙂

Back To Top