Once you choose hope, anything's possible

Mamee Chef Lontong Flavour

 Assalamualaikum... 


Mamee Chef Lontong Flavor : Tetiba teringin makan mamee chef lontong campur telur. Slurppp ! Sedap. Aku suka tekstur mamee chef ni sebab kenyal gitu. Tapi tak elok makan selalu. Stok tomyam paste aku dah habis. Kalau tak memang aku masak tomyam la. Seminggu mau empat lima kali buat tomyam. Malam memang aku nak hirup hirup je dan memang tak makan nasi. Macam dah lama tak buat nasi himpit dan sayur lodeh. Hari ni hari yang sangat tak produktif . Badan rasa  penat nak simpan tenaga untuk esok yang super duper busy. Hari Isnin memang hari yang paling sibuk bagi aku. 

Walaupun tak produktif, tetap kena masak lunch. Hari ni masak siakap goreng dan sayur sawi tofu je. Buat yang simple dan yang penting tak perlu beli makan kat luar. Aku pun memang malas nak keluar walaupun Lurviey ajak keluar tadi. Bosan katanya. Tapi aku memang malas nak keluar sebab tengah malam jap lagi aku nak settlekan listing order untuk esok. Korang masak apa hari ni?



7 Comment for "Mamee Chef Lontong Flavour "

Yumm! Sedapnya mamew lontong! Saya pun suka tekstur mi ni sebab kenyal-kenyal springy gitu.
Semalam saya masak pasta. Sekali masak, makanlah untuk lunch dan dinner. 😊

Nanti booleh cuba. Jarang-jarang beli mi segera brand mamee.

sedapnyaaa walaupun letak telur mcm tu.. tak pernah jumpa lg perisa ni

lontong flavor xpenah rasa lagi

Sekarang ni banyak betul jenama mee segera, sampai tak terkejar nak merasa satu-satu. Apa pun mee segera dikira sebagai penyelamat time sibuk tak sempat masak dan lapar hahahaaa.

Back To Top