You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Ayam Masak Padang Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Padang Mudah Dan Sedap | Cara Masak Ayam Masak Padang

Assalamualaikum...

Semalam buntu nak masak apa ayam. Dah jemu masak merah, sambal, sup, kurma, goreng. Kemudian Lurviey bagi cadangan masak padang. Wow.. Memang favorit aku sangat ni. Tapi aku tak pernah masak pun. Terus check resepi kat facebook, then ajak Lurviey keluar cari bahan yang tak cukup.



Bahan-bahan (diolah sedikit dari resepi asal)
  • Bawang merah besar 1 *blend
  • Bawang putih 4 ulas *blend
  • Lengkuas (agak2) *blend
  • Kunyit hidup *blend
  • Halia *blend
  • Cili Padi 4 biji (nak pedas letak banyak) *blend
  • Serai titik 3 batang
  • Cili kering kisar (2 sudu)
  • Asam Keping
  • Daun limat purut/daun kunyit/daun salam
  • Santan 1 kotak
  • Kiub Ayam atau garam (aku guna kiub ayam)
Cara-caranya
  1. Tumiskan serai hingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar beserta cili kering kisar sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati.
  3. Masukkan asam keping dan sedikit air. Biarkan sehingga ayam masak
  4. Kemudian masukkan santan 1 kotak dan air 1 kotak santan
  5. Masukkan kiub ayam atau garam (sehingga dapat rasa yang sesedap tekak korang)
  6. Last sekali masukkan daun kunyit, daun limau purut dan daun salam. Wallah!
  7. Dah siap. Boleh makan dengan nasi panas panas.. Bertambah tambah..

Alhamdulillah.. Bau dan rase memang sedap seperti yang aku makan. Lurviey pun puji jugak. Aku bawa rumah mama (mil) sebab mama memang pandai masak. Bagi mama rase. Mama cakap pass. Then ok lah.. Cume lengkuas tu next time tak payah blend semua. Blend sikit dan ketuk sikit. Bab masak masak ni memang main agak agak je. Tiada exact sukatan pun. Saje up resepi kat sini, senang aku nak rujuk next time nak masak lagi.




Till then, jumpa lagi next entri... #nanieymasak

 

 

Tag : resepi
1 Comment for "Resepi Ayam Masak Padang Mudah Dan Sedap"

Masakan Padang memang sedap. Tiba-tiba rasa rindu pula nak makan masakan Padang yang pelbagai itu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top