Once you choose hope, anything's possible

Buat Lipid Test Di Health Lane Pharmacy

 Assalamualaikum.. 

Buat Lipid Test Di Health Lane Pharmacy | Bila makin remaja bangka ni kesihatan kena jaga sebab hidup dah tak aktif seperti macam zaman muda remaja dulu. Pemakanan pun kena jaga juga. Hari Isnin aku pergi Health Lane Pharmacy kat M3 Mall nak check cholestrol level aku sebab dah lama dah tertangguh. Aku buat Lipid Test yang mana boleh tau HDL (kolestrol baik), LDL (kolestrol jahat), lemak badan dan total kolestrol.

Terkejut aku tengok result tau. Result borderline weh. HDL aku bagus, kandungan lemak pun bagus tapi LDL aku tinggi sikit tapi tak perlukan ubat pun. Pharmacist tu suggest supplement. Pharmacist tu explain yang kolestrol jahat ni kena jaga dan paling menakutkan boleh menyebabkan sakit jantung, stroke semua tu. Lemak yang ada dalam arteri bukan ada bawah lapisan kulit. Sebab tu bahaya ! Takut aku dengar. Insoffffff ye. Tu la makan tak beringat.

Alang alang pharmacist dah suggest aku supplement aku terus beli la supplement tu. A bit pricey but it's okay sebab untuk kesihatan. Nasib baik ada member price. Aku akan repeat test ni lagi sekali next month sebab next month ada event kat Healthlane Pharmacy M3 Mall untuk health screening. So aku plan nak buat medical check up. Di sebabkan aku beli supplement tu, terus dapat free check up glucose. Alhamdulillah kandungan gula sangat ok. Pharmacist tu bagitau supplement yang dia suggest ni kalau makan, dalam sebulan boleh tengok kolestrol jahat tu akan turun. Tunggu aku repeat result nanti aku share dengan korang. Oh ye supplement yang dia suggest tu Fish Oil yang ada garlic. Nanti aku review ye.

Pharmacist tu bagitau kena jaga pemakanan terutamanya makanan berlemak dan berminyak kena kurangkan. Senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu dan 30 minit sehari. Untuk pemakanan boleh makan oat + ada lecithin. Bagus untuk kurangkan kolestrol jahat. 

Bila last korang buat medical check up?

 

4 Comment for "Buat Lipid Test Di Health Lane Pharmacy"

Bagus la sekali sekala buat test mcm ni. Lama rasanya tak bt medical check up. Tunggu lps bersalin mcm mana nanti. Dlm masakan elok bykkan garlic juga pun boleh kurangkan kolesterol 😁

bahayakan, like kita igt kita okay, tapi dalam kita makin teruk..sbb tu montly check up penting kan

Lama tak medical check up. Huhu entah apa keadaan kesihatan Eza sekarang. Harap LDL awak turun next month. InsyaAllah. :) Good sharing anyway.

Last buat checkup? Masa masuk kerja. Huhu :)

Back To Top