Assalamualaikum ...
Resepi Serawa Durian Mudah Dan Sedap | Bila dah masuk musim durian antara hidangan yang wajib adalah serawa durian dan durian crepe. Kedua dua ni aku tak pernah makan dan tak pernah teringin nak makan pun. Aku kalau durian memang hanya durian semata je aku makan dan kalau tempoyak, hanya gulai tempoyak je aku makan. Selain daripada makanan yang berasaskan durian ni memang aku tak makan. Masa duk rumah mama 2 tahun lepas, Lurviey suruh masak serawa durian ni. Alamak. Aku bila makanan aku tak makan memang tak tahu la nak buat macam mana. Google je la.
Sumber: Google |
Bahan bahan buat Serawa Durian
- Durian - dalam 10-15 ulas macam tu
- Santan 1 kotak
- Daun pandan
- Gula nise
- Sedikit gula (1 sudu)
- Air
Cara- caranya
- Didihkan air (pandai pandai agak, tak perlu banyak sangat sebab kalau pekat nanti boleh tambah air je)
- Masukkan isi durian, daun pandan, gula nise.
- Kemudian masukkan santan 1 kotak.
- Letakkan sedikit gula.
- Kacau dan masak sehingga isi durian tak melekat lagi dikulit
- Siap ! Kalau pekat sangat boleh tambah air. Then boleh makan dengan pulut atau cicah dengan roti.
Nasib baik Lurviey cakap sedap. Berjaya la kan? Aku tengok je la orang
makan sebab aku memang tak makan dan tak terasa pun nak mencuba dari
dulu lagi. Dulu masa kecil kalau musim durian, mama buat ni, aku tengok je la yang lain
lain makan. Berselera sungguh tengok orang makan serawa durian ni. Rindu musim durian di kampung. Rindu nak dengar buah durian gugur kemudian pergi kutip. Lepas tu kopek dan makan. Rindu zaman kanak kanak. Sungguh aku rindu... !
8 Comment for "Resepi Serawa Durian Mudah Dan Sedap "
Mrs. A suka serawa durian makan dengan pulut atau roti
musim durian tak lama lagi, tak sabar
tak pernah buat lagi...
serawa ni macam bubur ehhh?
SAa suka tapi dah lama x makan la....
sedapppp! tp kan bkn musim durian balik pulau lg. hehe
Sedapnya serawa durian. Belum pernah buat sendiri lagi. nampak mudah cara nak membuatnya tu. Tapi bukan musim durian pulak..adehh
Sedapnya.. suka makan dengan roti..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)