Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Minuman Mantapkan Dalaman Wanita Secara Semulajadi

 Assalamualaikum... 

Minuman Mantapkan Dalaman Wanita Secara Semulajadi | Bile dah beranak orang kata body dah lari...Sentap? Sentap kalau yang jenis body conscious! Tak payah tunggu yang beranak, yang anak dara pun boleh sentap bila kena tegur pasal body. Bagi yang jenis tak kisah no hal la kan. Kecantikan dan kesihatan kena la selari luar dan dalam. Kalau mak mak zaman dulu boleh je maintain body tapi mak mak zaman moden ni tak boleh. Kat bawah ni ada  jenis minuman yang berkhasiat untuk wanita khususnya yang dah berkahwin. Kena mantap! Jangan bagi longgar sana sini. Fave aku Jamu Kunyit buat sendiri. Dah lama tak buat --> Jamu Kunyit Homemade


Kunyit Untuk Mengecutkan Rahim 
Bahan-bahan:
  • 2 ketul kunyit
  • ½ ketul halia
  • 2 batang serai
  • ½ ketul lengkuas
  • ½ ketul temukunci
  • Sedikit garam
  • Air satu liter
Cara-caranya
  1. Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
  2. Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
  3. Minum segelas kecil sehari.
Khasiatnya
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.

Halia Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan:
  • 2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk
  • 2 uncang teh
  • Gula perang secukup rasa
  • Air
Cara-caranya
  1. Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
  2. Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
  3. Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
KhasiatnyaMembuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
 
Kurma Membekalkan Tenaga
Bahan-bahan:
  • 5 biji kurma
  • 1 gelas susu segar
  • 1 sudu madu
Cara-caranya
  1. Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
  2. Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
KhasiatnyaMembuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
 
Delima Membantu Mengurangkan Kolestrol
Bahan-bahan:
  • ½ sudu teh jus delima
  • 1 sudu besar madu
  • 1 gelas air suam
Cara-caranya
  1. Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.
Khasiatnya
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.

 
Gabungan Herba Memulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan:
  • 1 ulas bawang putih} ditumbuk
  • 7 biji ada hitam}
  • 1 inci halia} ditumbuk
  • 2 inci ibu kunyit}
  • 1 sudu besar madu
  • 1 biji telur ayam kampung
Cara-caranya
  1. Pecahkan telur di dalam cawan.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
  3. Kemudian, masukkan madu. Kacau sehingga sebati.
  4. Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.

Khasiatnya
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.
Selamat mencuba !
2 Comment for "Minuman Mantapkan Dalaman Wanita Secara Semulajadi"

tak perlu beli segala makjun bagai buat sendiri aje senang kan

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top