Buat Lokan Frozen Sendiri

 Assalamualaikum.. 

Buat Lokan Frozen Sendiri | Setiap kali balik kampung benda wajib aku akan beli adalah kepah. Masak apa? Mestilah masak lemak cili api. Tapi sayang balik kali ni aku tak beli sebab harga mahal gila. Kalau dulu sekilo RM5 atau RM6 tapi aku balik kali ni harga RM8. Terkejut aku dengar harga mahal macam tu. Lokan pula RM3 naik lima posen daripada harga sebelum ni. Jadi aku beli lokan je la rebus dan buat frozen. Senang nak masak sambal nanti. 

Lokan ni walaupun kulit besar gedabak tapi isi pun besar juga. Tak de la rasa macam rugi bila beli. Aku beli 5 kilo RM15 selepas rebus dan buang kulit dapatlah lebih kurang 480gram macam tu je. Ok la tu untuk sekali masak. 

Siput belitung ni aku tak pernah makan. Aku tanya mama sedap ke siput ni sebab tak macam siput sedut yang biasa kita makan tu. Mama cakap adik lelaki aku pernah beli dan azabnya nak makan siput ni. Katanya itu kali pertama dan terakhir beli dan makan siput ni. 

Sotong katak gergasi ni aku tak tahu la berapa ringgit tapi untuk satu talam atau dulang besar ni boleh muat 2 ekor sotong ni. Besar kalau tengok depan mata. Terkejut aku tengok sotong besar gini. Aku tak pasti rasa macam mana dan biasanya orang masak apa untuk sotong besar macam ni. 

Tiram ni aku teringin nak beli tapi tak de siapa nak melayan kerenah aku. Sebelum ni adik aku yang suka beli then tolong bakarkan oyster ni. Aku sempat merasa sekali je masa balik kampung last year if tak silap aku. Aku teringin nak makan oyster hidup then perah lemon tu. Nampak macam sedap je. Korang pernah makan tak? Sedap tak? 

Belanja korang video lama Kepah Masak Lemak Cili Api. 



6 Komentar untuk "Buat Lokan Frozen Sendiri"

Tak pernah makan lagi oyster tuuu, tapi bila terbayang pun dah rasa sedappppp!

wow betul2 gergasi sotong tu, mama pun xpenah makan siput tu. mcm ngeri je nak telan. besar

Akak jenis suka makan oyster tu perah limau dan letak thousand island..selalu makan kat buffet hotel..bagus makan tau..untuk ehem2 tenaga seksual...hehehe..kalau nak dapatkan anak perempuan pun banyakkan makan oyster...kata orang la..akak xde pengalaman pun..hehehe...lokan akak suka gak..suka bakar..kepah...eh semua la jenis yang bercengkerang ni

Tak pernah makan, ade macam kepah jugak ke rasa dia?😯

waahhhh tapi kepah mcm ni kena org pandai masak kan

Back To Top