Once you choose hope, anything's possible

Love Earth Mushroom Seasoning Yatie Kitchen's Choice

 Assalamualaikum..

Mushroom Seasoning By Yatie Kitchen's Choice | Sebut pasal seasoning ni ramai sungguh yang suka sebab nak sedapkan rasa makanan. Betul tak? Tapi tak semua orang boleh telan makanan yang ada perasa makanan ni. Lurviey tak boleh makan makanan yang ada Aji-No-Moto sebab kepala akan jadi pening. Bila makan kat kedai yang guna Aji memang balik rumah mengadap la sakit kepala akibat Aji.  Kenapa aku sebut Aji? Sebab Aji memang sinonim sebagai penyedap rasa atau disebut perasa tambahan pada masakan. 

Sebut pula Yatie Kitchen, siapa tak kenal Chef Selebriti yang banyak berkongsi resepi resepi yang mudah dan lazat serta menjadi pilihan mak mak dan juga mereka yang baru nak belajar memasak.  Mushroom Seasoning ni pun aku tau sebab adik ipar aku yang bawa balik kat rumah mama untuk masa. Kebetulan chicken stock untuk masak sup Naura tak de. Jadi aku guna la mushroom seasoning ni. Rasa lagi sedap dan cukup rasa. Letak sikit je dah siap! 

Mushroom Seasoning ni korang tak perlu risau sebab ianya 100% semulajadi, sangat sesuai untuk orang vegetarian dan yang paling penting TIADA MSG (pengganti MSG). Selain itu ianya boleh meningkatkan sistem Imun, rendah kalori dan mengandungi  antioksidan yang tinggi. 

Korang boleh beli kat Tesco or kat shopee pun ada jual. Tapi beli kat shopee kena bayar kos penghantaran la. Hehe.. Kalau korang rajin, boleh buat pati or serbuk sendiri macam serbuk pati ayam, serbuk udang or apa apa je la. Untuk orang 'terlebih' rajin macam aku ni memang suka guna serbuk macam Mushroom Seasoning ni je. Cepat, mudah dan sedap ! 

4 Comment for "Love Earth Mushroom Seasoning Yatie Kitchen's Choice"

ini mcm paste ikan bilis, stock ayam tu eh?

Dulu masa kat rumah sewa akak memang guna ni....sedap..especially bila buat nasi goreng ngan mee goreng..

Dari segi cerita ni..nampak gaya sedap naniey..blhla cuba :)

Senang masak kalau gunakan ni. Hasil masakan pun membangkitkan selera.

Back To Top