You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kebenaran Merentas Negeri Hanya Untuk Situasi Ini Sahaja

 Assalamualaikum.. 

Kebenaran Merentas Negeri Hanya Untuk Situasi Ini Sahaja | Semalam seperti yang sedia maklum, kemungkinan rentas negeri untuk pulang menyambut Aidilfitri akan ditangguhkan disebabkan kes kembali meningkat. Bila kerajaan dah bagi kelonggaran, ada yang menyalahgunakan kebenaran yang diberikan. Akibatnya, orang lain yang susah. 

Semalam masa nak pergi rumah mama lalu belakang highway DUKE tu tengok orang yang membeli kat situ pun tak ikut SOP. Tiada jarak sosial pun. Relax macam tiada apa apa. Bezanya adalah pemakaian mask sahaja. Aku rasa kalau kes makin meningkat, bazar Ramadhan pun akan ditutup. Kesian kat peniaga. Tapi pembeli tak pakai otak pun. Macam tak takut je dengan pandemik ni. Sepatutnya yang incharge bazar Ramadhan ni perlu buat pemantauan bagi mengelakkan adanya kluster baru. Kalau ada pemantauan dan bersikap tegas, mesti ada penjarakan sosial. Masyarakat kita ni jenis keras kepala dan kadang tak nak ikut peraturan. Adoi la..

Permohonan kebenaran untuk rentas negeri diperketatkan dan hanya untuk 3 situasi ini sahaja :

Bagi korang yang nak rentas negeri untuk sebab sebab diatas perlu sertakan dokumen sokongan. Yang betul betul nak rentas negeri atas sebab diatas tak perlu risau pun kalau korang ada surat sokongan inshaAllah dapat cop polis. Kebenaran untuk menghadiri majlis perkahwinan tiada lagi dibenarkan seperti sebelum ni. Lagipun bulan Ramadhan ni kan. Ada ke yang nikah bulan puasa ni? #staysafe #kitajagakita


 


5 Comment for "Kebenaran Merentas Negeri Hanya Untuk Situasi Ini Sahaja"

Ayat last sekali tu kelakar la...hehehe..ntahnya mana ada yang nak nikah bulan posa kan...

Risau kan kes naik balik :( Yang ke tempat ramai orang tu, hopefully dapatlah jaga SOP masing-masing. Kita jaga kita :)

Nasib family Syu semua duduk dalam negeri Perak ni jugak, at least takde la kemurungan tak dapat rentas negeri😂.Kengkawan yang tak dapat rentas tu mohon betabah lah yer

Dah makin ketat permohonan nak rentas negeri ni kannn

makin menyampah dgn undang2 malaysia yg ikut kasta ni

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top