You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Buka Akaun Semasa Maybank

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Autopost entri

Hari ni saya nak kongsi cara buka akaun semasa (current account) Maybank. Kenapa saya nak up entri ni? Sebab nak bukak current account tak sama macam buka saving account. Leceh sikit. Nak plak kalau kalian tak de Maybank2u. Menangis la kalian kat kaunter tu. Kenapa?? Nak kena cari introducer. Leceh kot. Kalau sebut current account mesti ingat introducer. Tapi skang ni untuk personal current account ada dua option

1. Apply menggunakan Maybank2u
  • Tidak perlu ada introducer
  • Hanya RM500 sahaja
  • Isi borang dan boleh pilih cawangan Maybank kalian sendiri
2. Apply dikaunter Maybank
  • Wajib ada introducer (introducer adalah individu yang ada current account setahun)
  • Hanya RM1000 sahaja.

Maybank nak menggalakkan pelanggan menggunakan Maybank2u .Tapi bagus jugak sebab bile apply guna Maybank2u, RM500 pun dah boleh buka current akaun. Jadi tak perlu risau sekiranya akaun kalian disekat kerana aliran wang masuk sehari tiga ratus pat belas kali. Tiada limit!!! *happen to Lurviey last time sebab duit bertubi-tubi masuk tak henti sebab join reseller program*


Macam mana nak apply??
  1. Log in Maybank2u kalian
  2. Pilih Apply Online
  3. Choose Personal Current Account
  4. Follow step sampai habis.

So lepas apply, wajib printkan slip yang ada no reference. Lepas tu tunggu je Maybank cawangan kalian pilih call. Let say, kalau cawangan tak call, kalian la kena call. Like me!!! Saya call dan bercakap dengan customer service cawangan yang sudah melebihi tiga hari dan saya masih tidak mendapat panggilan dari Maybank. CS suruh saya datang je ke kaunter cawangan Maybank. 

Selasa lepas saya ke Maybank dan jumpa dengan En Zul. En Zul cakap, buku cek masih belum sampai. Mungkin sebab tu la die tak call saya. Banyak borang kena isi. Adehh... Tak pe la... Lepas settle urusan dengan En Zul kena tunggu turn plak. Sampai turn saya, kena scan IC then settlekan Maybank2u untuk current account and selesai!!! Alhamdulillah.. Tapi En Zul pesan nanti kena datang ambil buku cek. Wajib. Kalau lambat datang ambil kena denda. Grrr.. One more thing is, make sure IC kalian tidak bermasalah! Kalau ada probs, sila buat IC baru. 

Sekian.. Sekadar berkongsi. Mungkin berguna untuk kalian one day.. 


P/S: Happy Monday Peeps!!!

23 Comment for "Cara Buka Akaun Semasa Maybank"

bagusnyaa..nnti apa2 hal boleh refer sini..

kak nani nih husna perasan mcm bnyak je ilmu psal bank nih..husna yg blajaq bank pon x mahir sgt..haha..

oo snang gk gtu kn..lh online ja..

bagus info n...wah nani da ada buku cek..huhu...

apply online la senang camni kan.

wahh..dah boleh apply on9 laa..
mudah la mcm ni..

klu dah apply personal current acc online, lepas tu kena pergi maybank dan beri document?

document kena diberi spt di bawah

Original Identity Card (IC) for Malaysians and Passports for foreigners

Please also bring along any of the following secondary supporting documents:-

1. ic
2. passport
3. bills
4. surat pekerjaan
5. kad credit
6.lesen memandu

betulkah? klu mcm ni, lecel lah lagi.

akaun semasa jenis ni boleh guna utk kompeni?

Skng ni segalanya mudah...cuma di hujung jari je... ;-)

Wah, bagus ni... mmg tgh cari care mcmne nk buka current account ni..coz wat bizness gune akaun biasa je.. entry ni sgt membantu.. tq sis...
http://www.kamaliyahramli.com/2013/06/my-bonuses-with-premium-beautiful.html

Salam..bp limit transaksi untuk personal curent akaun..tq

Salam..bp limit transaksi untuk personal curent akaun..tq

Apply online then hanya perlu bawa ic sahaja. Xperlu bil lesen kereta etc. biasa kalau ic xboleh baca bru dorang mtk tgk lesen or bil2 utiliti

Boleh jgk tp better bukak acc current utk company. Cume leceh la skit.. Sbb nk wajib ada introducer :)

Wsalam. Tiada limit transaksi. Itulah kelebihan current acc. :)

current acc ni limit purchase pun xde ye?

kalau kita buka akaun semasa personal, nama akaun atas nama syarikat atau nama kita?

TQ

sis, kalau nk apply akaun smasa atas name syarikat mcm mane ea? sy cba buat maybank2u mlalui acc simpanan, trus direct kluar nme kte.. sdangkan nak buat ats nme syarikat.

klu nk apply cheque book baru mcmne ye? Cheque dh nk abis..

klu nk apply cheque book baru mcmne ye? Cheque dh nk abis..

Terima kasih untuk info ni. Boleh refer sini lepas ni.

Baru-baru ni Pisyek ke Maybank untuk buka akaun semasa syarikat.

Memang leceh sebab introducer kena rejek banyak kali. Huhu.

Baca pengalaman Pisyek sini: Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat di Maybank

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top