You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Nak Buat Sos Pencicah Dengan Mudah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sapa pandai buat sos??? Saya tak pandai buat sos, baru je menuntut dengan mama buat sos. Sos yang mama buat ni sesuai untuk makan dengan cucur udang, popiah, keropok. Tak best kalau makan dengan sos dalam botol cili tu, tapi ramai yang prefer yang tu kan? Betul tak????????

Rupenye mudah je nak buat sos ni. Cume biasa la orang tua sukatannye agak-agak je. Saya rasa kalau saya nak buat akan datang kena buat time tak puasa sebab boleh rasa. Bulan puasa memang saya tak kan rasa makanan. Takut tertelan. Huahaha.. 


Resepi : Sos Pencicah

Bahan-bahan.
  • Gula melaka1 setengah
  • Lada jarum/kampung 14 biji | blend (tak suka pedas, kurangkan lada, nak pedas tambah lada)
  • Air asam jawa
  • Gula 5 sudu 
  • Lada kering | blend 2 sudu
  • Cuka sikit
  • Garam sikit
Cara-caranya
  1. Masukkan gula melaka dan air asam jawa, dan buka api. Kacau perlahan sehingga gula melaka hancur
  2. Kemudian masukkan lada jarum, lada kering, gula, dan sedikit cuka dan garam. Kacau lagi.
  3. Kalau nak pekat, biarkan sos ni lama atas dapur (mama tak guna tepung jagung sebab kureng sedap)
  4. Sejukkan dan sedia dihidang. Kalau ada lebih simpan dalam botol letak dalam fridge.
    Mudah bukan? Lain orang lain cita rasa, lain tekak, lain lidah. Ye dok? Apa yang penting jangan membazir.


    UPDATES: 29/2/16. KAT BAWAH NI VIDEO CARA NAK BUAT SOS PENCICAH. SEMPAT BELAJAR MASA BALIK CUTI CNY HARI TU. SELAMAT MENCUBA
     

    P/S: Semalam tak sempat menuntut cara buat rendang. Iolls reti makan je. Sempat keek rendang yang dah nak masak jee.

    7 Comment for "Cara Nak Buat Sos Pencicah Dengan Mudah"

    cikna baru terfikir nak buat popia tp sos nya takde.. huhu.. boleh cuba ni lah.. tq nanie.. ;)

    wah boleh nie try nanti..hehehe..selama nie mak ja yang wat sos..

    senang je yea..
    nur selalu buat cicah dgn cucur udang tu...
    boh manis2 pedas sikit..mmg sedap.. :)

    Nampak cam sedap gak yek sos tu..akak mmg x pandai wat sos cicah ni

    MV pun buat sos sendiri tapi resepi lain lah..hehe

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

    Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

    Back To Top