You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kurus Dan Kekalkan Berat Badan Dengan Infused Water


Kurus dan Kekalkan Berat Badan Dengan Infused Water | Cara Buat Detoks Water | Cara Buat Air Detoks | Resepi Air Detoks Kurus | Kurus Dengan Detoks Water | Kebaikan Detoks Water


Assalamualaikum

Nak kurus dan nak maintain berat badan? Minumlah infused water. Minum hari-hari, inshaAllah bukan bagus untuk turunkan berat badan je tapi boleh cantikkan kulit, jadikan kite lebih bertenaga sepanjang hari. Tak perlu telan pil-pil kurus dah!

Cuaca panas yang tak sihat sekarang ni memang kena minum banyak air, tapi tak ramai yang suka minum air kosong walaupun tau air kosong penting dan bagus untuk kesihatan. Jadi, cubalah infused water. Mesti rase nak minum dan nak minum lagi. Badan pun sihat. Infused water so called detox water ni adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu. Biarkan selama beberapa jam  sebelum diminum. Nak lagi sedap letak dalam fridge. Segar rasenya bile membasahi anak tekak. Wow sangat rasenye. Kalau kalian nak kurus buat dan minum infused water ni. Berkesan, jimat dan mudah disediakan.

Kebaikan infused water atau air detoks
  • Dapat meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman
  • Membantu membuang air dengan lebih kerap serta mengelakkan sembelit 
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
  • Meningkatkan fokus
  • Mengurangkan risiko kanser usus
  • Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah
  • Meningkatkan imunisasi badan 
  • Permulaan yang baik untuk kurangkan berat badan

Resepi air detoks mudah


1. Oren, Lemon dan Halia 
Buah oren membantu peredaran darah yang sihat. Lemon membantu dalam pencernaan serta menyegarkan nafas, dan halia bagus untuk sistem imun badan. 
 

2  Timun, Raspberi dan Anggur 
Timun bagus untuk penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi untuk mencegah keradangan dan anggur dapat melawan kanser 


3. Rhuharb, Epal dan Kulit Kayu Manis
Rhuharb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah. Epal dapat mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis bertindak sebagai penggalak metabolisme badan.


4. Strawberi dan Limau Nipis
Strawberi kaya dengan anti oksida dan limau bagus untuk mencegah penuaan dan dapat memulihkan rambut, kulit dan kuku.



5. Nanas dan Daun Pudina 
Nanas merupakan bahan anti radang dan dapat membantu melegakan sakit sendi dan arthritis. Daun pudina pula menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan. 

6. Teh Hijau, Daun Pudina dan Limau Nipis 
Kombinasi bahan ini dapat membantu membakar lemak, bagus untuk sistem penghadaman, menghilangkan sakit kepada serta mulut berbau. 

 7. Strawberi dan Kiwi
Bagus untuk kardiovaskular, melindungi usus dan juga kitaran gula dalam darah.


8. Timun, Limau Nipis Dan Lemon
Bagus untuk mengawal nafsu makan, penghidaran dan mengelakkan perut kembung dan kekal kurus langsing.

Cara Buat Air Detoks 
  1. Potong buah-buahan ikut citarasa 
  2. Letakkan potongan di dalam jug atau botol,. Tambah ais jika mahu
  3. Masukkan air sehingga penuh (1liter) dan tutup
  4. Biarkan selama beberapa jam atau semalaman di dalam peti ais. 
  5. Siap untuk minum! 

Senang kan? Saya hanya guna lemon je. Dulu selalu guna lemon, daun pudina dan timun. Sekarang minum air campur lemon setiap petang hingga ke waktu malam sebelum tidur sebab pagi saya minum kopi, plus susah sangat saya nak minum air banyak-banyak dalam sehari.. Lol.. Jumpa lagi next entri. Selamat mencuba!



0 Comment for "Kurus Dan Kekalkan Berat Badan Dengan Infused Water "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top