You don’t have to be big. You have to be remarkable

Bamboo Steamer Murah Untuk Dim Sum

Bamboo Steamer Untuk Dim Sum | Bamboo Steamer Murah


Assalamualaikum 

Finally sampai juga bamboo steamer yang ditunggu almost dua bulan. At first, place order dengan Lazada dalam status out to delivery berhari-hari sampai la last status item returned to merchant. Sakitnya tuh disini, di dalam hatiku. Geramnya. Lepas tu contact dengan Lazada nak refund, tapi dapat refund dalam bentuk store credit. Actually malas dah nak order kat Lazada, tapi Lurviey cakap tak pe kite order lagi sekali. So, order lagi sekali sebab masih beri kepercayaan kat Lazada. Again, as expected benda yang same juga happen. BARANG TU SEBENARNYA ADA KE TAK? Out delivery then returned to merchant. Something fishy! Minta refund nak no ic bagai. No akaun sudahlah. Di sebabkan saya tak bagi no ic, dapat refund dalam store credit. Grrr ... 

Kali ketiga order kat Shopeee. Kena tunggu dalam mase 2 minggu macam tu. Ok la no problem lagipun tak tahu kat mana ada jual offline bamboo steamer ni dan kat mana ada ready stock. Bagitau Lurviey beli Steam It Tupperware pun ok but he want bamboo steamer jugak. Sokay! Expected sampai kat saya 13/12 dan barang sampai kat office 12/12. Good job. Alhamdulillah.. Puas hati la sebab barang sampai, estimate time arrival pun tepat. No probs. Kalau delay pun masih boleh terima sebab sekarang peak season. 

Ni la saiz 8 inci bamboo steamer tu. Cari yang lagi besar tapi tak jumpa pulak. Harga RM33.62 termasuk kos penghantaran.



0 Comment for "Bamboo Steamer Murah Untuk Dim Sum"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top