You don’t have to be big. You have to be remarkable

Beras Sumo Naikkan Berat Baby? | Naura's First Solid Food

Beras Sumo Naikkan Berat Baby? | Naura's First Solid Food

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Naura dah masuk 6 bulan. Sekejap je mase berlalu, tak sangka dah 6 bulan dah. Tapi tempat c-zer tu masih rase ngilu gitu.
 
So bile dah masuk 6 bulan, mommy dah kena fikir makanan apa nak masak dan bagi Naura makan.. Mase check up Naura nurse ada bagitau bagi bubur kosong 3 hari, kemudian sayur sahaja 3 hari, then buah sahaja 3 hari. Eh, tapi saya baca kena follow 4dr.. Alahai, tak perlu rigid sangat. Boleh buat 3dr or 4dr. Ada orang hari-hari ubah makanan baby mase baru nak kenalkan solid food.

CARA BUAT SERBUK BERAS INSTANT

Kenapa 3 or 4 days rule? Sebab nak make sure baby ok or tak dengan makanan, ada alergik or tak... Ada certain baby sembelit, naik biji macam ruam.. Depend.. Mummies kena try and error serta pantau apa yang ok, apa yang tak dengan baby.

Saya excited nak bagi Naura makan and sebulan sebelum memang da start cari gali ilmu pemakanan solid food ni. Saya ada refer adik juga sebab baby die lahir dulu sebelum Naura lahir.. So jimat mase mummy tak yah study. Hehe.. Rujukan utama mestilah kat facebook Happy Baby Foods.. Daripada pembacaan di group tersebut, saya decide nak beli Beras Sumo untuk Naura. Ibu ibu ada sharing beras sumo boleh naikkan berat baby..

Kenapa saya nak naikkan berat baby? Alhamdulillah Naura sihat, berat and tinggi pun ok. Cume saya rasa die macam kurang minum susu. Bukan tak bagi susu, tapi die lebih banyak main daripada minum susu. Adehhh.. So, kadar kenaikkan berat tu tak berapa nak cantik. Nurse pun ada bagitau mase check up last week BMI tak berapa cantik tapi berat and tinggi ok. *mummyconfuse Ada certain klinik kesihatan marah tau kalau baby berat naik sikit. At least, setiap bulan kena naikkan SEKILO. Nasib baik tempat saya check up Naura ok je. Naura ni jenis memanjang tau, buka melebor. Lol..

Review Beras Sumo
  1. Beras Sumo boleh beli kat pasaraya Giant, Aeon Big dll.
  2. Harga berpatutan, 1kg RM9++ (kalau ada offer dalam RM8+ je)
  3. Beras die halus halus je. Dari pembacaan saya, beras ni digunakan untuk buat sushi.
  4. Beras ni jenis berkanji tinggi dan hanya perlu bilas sekali sahaja.
  5. Result: Terlalu awal untuk saya update sebab tak dapat timbang Naura (will update more later)

Dah siap masak beras Sumo saya rekodkan reaksi Naura makan. Actually since 3 bulan lagi die tengok orang makan, die pun mengunyah sekali. Ralit perhati orang makan. Boleh tengok video kat bawah ni her reaction first time makan.


4 day rules (4dr) untuk bubur kosong dah lulus, then saya bagi puree brokoli. Tak lulus sebab brokoli ni gassy and Naura terkentut kentut sepanjang hari dan macam susah berak. Next day saya bagi puree lobak merah je. Alhamdulillah Naura suke walaupun memula tu rase macam pelik sikit bagi lidah die kot (rase manis). Hari ni last day bagi puree lobak, esok nak bagi sweet potato pula.
 
UPDATE: 11/9/2021 : HARI NI HARI PERTAMA NAURA AMBIL APPETON LYSINE UNTUK TAMBAH BERAT BADAN. NANTI UPDATE NEXT ENTRI  YE.. 

Till then, see u next entry. Thank you for reading.


Tag : baby food
0 Comment for "Beras Sumo Naikkan Berat Baby? | Naura's First Solid Food"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top