You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Buang Password Di PDF

 Cara Buang Password Di PDF Penyata Akaun Bank 

Assalamualaikum... 

Menggelabah bila nak closing akhir tahun banyak nak kena audit nak kena settlekan segala benda, lagi lagi melibatkan transaksi duit keluar masuk dan nak kena declare cukai. Bila cari penyata bank ada beberapa bulan yang tak ada dalam simpanan. Terpaksa buat surat permohonan penyata bank. Charges boleh tahan juga. Jadi sangat penting ye untuk simpan penyata akaun ni. Hari ni aku mohon, kemudian pihak bank call bagitau akan hantar through email sebab yang tahun lepas punya boleh dapat sekejap je. Lepas bagi email dan confirm dengan pihak bank serta charges, dua hari kemudian dapatlah email. Bila nak buka ada password pula dokumen PDF tu (password pihak bank sudah beri untuk buka). 

Aku klik dan masukkan password terus save. Ingatkan bila dah save kat laptop bila nak buka tak perlu guna password dah. Malangnya terpaksa masukkan password. Disebabkan aku nak pass penyata ni kat tax agent jadi aku kena buang password tu juga. 

 

CARA BUANG PASSWORD DI PDF PENYATA AKAUN BANK. 

 

1. Korang buka dokumen yang telah disimpan di PC/Laptop dan masukkan password. Jika dokumen bank statement sila gunakan password yang telah dinyatakan oleh pihak bank (biasanya nama dan juga kad pengenalan/no pendaftaran perniagaan) 

2. Klik Protect kemudian Encrypt.

3. Lepas tu korang untick set the open password tu. 

4. Klik confirm dah siap ! 

5. Korang tutup dokumen dan tekan save. Kemudian buka semula tanpa perlu masukkan password. 

Senangkan? Aku simpan sini sebab aku ni mudah lupa. Senang nak rujuk semula nanti. Lol ! Korang kalau malas nak simpan hard copy jangan lupa back up soft copy bank statement. Kalau CIMB Business Acc so far yang aku tahu dapat simpan dalam bentuk PDF berbanding beberapa tahun lepas kau terpaksa simpan dalam XLS. Juling mata bila buka dokumen XLS. 


P/S: Berdebar nak masuk tahun 2022 ni. Banyak benda nak kena settle dan aku tak sabar nak balik kampung!





3 Comment for "Cara Buang Password Di PDF "

wah, baru tau boleh buat ni, thank you!

Baikkk akan diaplikasikan nanti! Terima kasih!!

Tak pernah tahu pun pasal ni naniey. Terima kasih share. Bagus remove pw. Pw ni kena jaga jangan sampai orang tahu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top