You don’t have to be big. You have to be remarkable

Resepi Waffle Rangup Gerenti Tak Beli Luar Dah

 Assalamualaikum

 

Resepi Waffle Rangup Gerenti Tak Beli Luar Dah | Akhirnya aku jumpa juga resipi Waffle Rangup.  Banyak resipi yang aku jumpa dan cuba tapi yang ni memang betul menepati citarasa aku. InshaAllah tak rugi kalau korang cuba resepi ni.  

 

RESEPI WAFFLE RANGUP DAN SEDAP

Bahan bahan

  • 1 cawan + 1 sudu besar tepung gandum
  • ¼ sk tepung jagung
  • ¼ sk soda bikarbonat
  • ¼ sk baking powder
  • ¼ sk garam 
  • 2 sudu besar gula 
  • ¼ minyak masak
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 biji telur
  • 1 sb air lemon
  • 1 sk esen vanilla

Cara-caranya

  1. Pukul susu, telur, lemon dan esen vanila sehingga sebati
  2. Kemudian masukkan ke dalam bahan kering dan kacau rata. 
  3. Panaskan waffle maker dan masukkan adunan tadi masak sehingga kekuningan.
  4. Sapu flavour yang korang suka. Siap! 

Sejak dah jumpa resepi waffle yang rangup ni, setiap minggu dua tiga kali aku buat waffle. Anak anak pun suka. Aku pun tumpang sekaki. Jimat fuluss buat sendiri sebab boleh makan sepuasnya dan bila bila masa sahaja. 

 

P/S: Teringin nak buat takoyaki tapi kena ada acuan dulu la kan?? 

 

Tag : resepi
2 Comment for "Resepi Waffle Rangup Gerenti Tak Beli Luar Dah "

Nampak macam sedap jer waffle tu. Pernah buat sekali tetapi gagal.. tak nampak apa yang digambarkan.. ahaks :)

Cantik kejadiannya.
Tak susah adunannya ye. Saya ada acuan waffle, tapi tak oernah cuba buat...ehehehhe!

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top