Special Offer

Author

Zami Ismail aka Pak Uda Meninggal Dunia

Salam semua.. Di pagi ahad ini tanpa diduga dan disangka-sangka pemergian seorang artis veteran Zami Ismail atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda.. Pak Uda menghembuskan nafasnya di Institut Jantung Negara pada pukul 10.30 pagi tadi. Al-fatihah buat Pak Uda dan takziah buat keluarga Pak Uda.

Semalam kita telah menyambut hari bapa. Tapi hari ni kita kehilangan seorang bapa dalam arena seni lakonan. Apapun kepada sesiapa yang masih mempunyai bapa hargailah bapa anda. Walau baik dan buruk bapa anda terimalah hakikat bahawa bapa adalah bapa anda.

Zami Ismail ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang terkenal. Paling diingati ialah peranan beliau dalam siri sitcom televisyen `Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sebagai Pak Uda serta siri `Salam Pantai Timur'

Filmografi Zami Ismail
1985 Roda-roda (filem) (Pelakon Utama)
1990 Mat Som (filem) (Pelakon Pembantu)
1990 Tuah (Pelakon Pembantu)
1992 Wanita Bertudung Hitam (Pelakon Pembantu)
1995 Cinta Rosevilla (Pelakon Utama)
1997 Gemerlapan (Pelakon Pembantu)
2001 Sara Pak Mat (Pelakon Pembantu)
2001 No Problem Pak Kidam (Pelakon Pembantu)
2003 Diari Romeo Bapa Maya zaman 70'an(Pelakon Pembantu)
2006 Man Laksa Tok Ketua (Pelakon Pembantu)
2007 Zombie Kampung Pisang Pak Abu (Pelakon Pembantu)
2007 9 September Dato' (Pelakon Pembantu)
2008 Dunia Baru The Movie Pengantin Lelaki (Pelakon Pembantu)
2009 Jin Hutan Bomoh Pak Su (Pelakon Utama)
2010 Hantu Kak Limah Balik Rumah Pak Abu (Pelakon Utama)
2010 Janin Pak Wan Atan (Pelakon Utama)
2011 Shh... Dia Datang Pak Da (Pelakon Pembantu)

Pencapaian Zami Ismail dalam dunia lakonan.
Pelakon Komedi Terbaik FFM 9-Mat Som

Pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 11-Wanita Bertudung Hitam

AL FATIHAH BUAT ARWAH PAK UDA ZAMI ISMAIL DAN TAKZIAH BUAT KAUM KELUARGANYA.
1 Komentar untuk "Zami Ismail aka Pak Uda Meninggal Dunia"

takziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top