You don’t have to be big. You have to be remarkable

Diari Pekerjaan- Bila Rindu

Bila rindu aku menangis
Bila rindu aku tak keruan
Bila rindu aku gelisah
Bila rindu aku melankolik
Bila rindu aku lupa nak bgi salam

Salam Semua Bloggers..

Lately lambat nak update blog. Sangat busy dan sangat malas.. Esok masuk minggu kedua aku keje. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak keje. Walaupun tak related secara langsung dengan kaunseling tapi aku masih boleh aplikasikan apa yang aku belajar. Seminggu telah pun berlalu. Sangat cepat. Macam-macam aku pelajari dan aku hadapi minggu ni..

Hari Pertama.

Hidup ni penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun aku semangat nak keje sebab aku ada target aku sendiri. Aku tak nak menganggur. Yang penting adalah cari pengalaman. Zaman skang bukan zaman degree lagi tapi zaman pengalaman. Segalanye memerlukan pengalaman. Tanpa pengalaman orang pun tak nak amik keje. Gaji pun tak bleh demand. Hari pertama aku dengan penuh excited masuk ke tempat keje baru. Tapi kali ni different sikit sebab Lurviey tak de untuk hantar aku ke tmpt keje. Lurviey ada kt rumah. So aku kena la berdikari pergi keje sendiri. So aku pergi keje ngan jalan kaki. 50 minit tu.. Wah 2 in 1 kot.. Satu exercise dpt sihatkan jantung aku and satu lagi jimatkan duit. Sampai je tmpt keje General Manager (GM) tunjuk tmpt aku. Wah not bad la. PC baru, LCD lagi kot.. Then sign contract then apa lgi mula keje la.. Wohoo.. Ari pertama kena buat research pasal company2 dptkan detail-detail klien. Ok. I love my jobs!!!

Hari Kedua.

Emm ari kedua still buat research. Macam biasa la pergi keje jalan kaki. Tapi aku rindu sangat-sangat kat Lurviey aku. Aku teruskan keje macam biasa. Tapi kat tmpt keje aku terpaksa curi-curi bukak fb sbb nak contact ngn Lurviey aku. Kejap je kot. Bukan nak curi tulang. Just aku gunakan waktu aku lunch utk wish my Lurviey.. I MISS HIM DAMN MUCH!!!!!!

Hari Ketiga.

Mood ari ni tak berapa baik. Pagi yang sangat moody tak tahu la kenapa. Hari ni jugak la jalan jem gile. Aku nak lintas pun takut. Sampai aku hampir nak kena langgar. Syukur alhamdulillah umur aku masih panjang. OMG.. nampaknya aku kena pakai jejantas la nanti. Tak nak aku nak amik risiko. Sampai kt tmpt keje aku kena tegur apa eh.. tapi actually tu arahan je tapi aku view it negatively. Memang emo la kot.. Sigh** Bodohnye aku. Tetiba rasa malas nak keje. Petang plak hujan. Terpaksa la redah jugak. Rindu kat Lurviey da tak tertanggung. Akhirnya aku nangis jugak malam tu.. Aiyoo.. Bad day for me..

Hari Keempat.

Ari ni tak nak amik risiko macam semalam. So gunakan JEJANTAS.. lagi selamat. Aku nak hidup lama lagi dan nak kawin. :) Anyway ari ni aku nekad nak pergi jumpa Lurviey aku. Aku tak kira. Dapat tgk muka Lurviey kejap pun tak pe la.. Janji dapat jumpa. Aku rindu Lurviey. Abis keje aku off to Gombak ngan LRT tapi akhirnya spoilt everything sbb shud be aku kena turun kat Taman Melati. Adoii.. Bodohnya aku ni. Tapi aku tak kisah janji dapat tgk Lurviey aku. Sorry honey.. 

Hari Kelima

Wahh... ari ni da ari Jumaat. Tak sangka.. Banyak yang aku da belajar. Aku nekad buat keje cepat-cepat then skip lunch untuk cukupkan masa aku. So aku bleh keluar on-time. Tepat 5.30 aku terus blah dri office.. Off to Taman Melati nak spent time dgn honey.. ......... OFF DLU...

Anyway esok da masuk minggu kedua. Semalam happy sangat dapat jumpa Lurviey. Tak kisah la janji dapat jumpa face to face. I miss him so much. Ari ni tak dapat jumpa coz my dear pergi Melaka. Now aku da tak sabar nak menunggu ari Selasa nak jumpa Lurviey. Ari Isnin belum menjelma da nak ari Selasa kan. :)
0 Comment for "Diari Pekerjaan- Bila Rindu"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top