You don’t have to be big. You have to be remarkable

Buku Teori Matematik Archimedes dipamer

Salam Semua...
Sepintas lalu dalam santai info dunia mengenai buku teori Archimedes. Tetiba plak aku teringat zaman sekolah dlu pasal Archimedes ni. 
BUKU yang mengandungi teori matematik Archimedes dipamerkan di Muzium Seni Walter di Baltimore, Amerika Syarikat

BALTIMORE - Buku berusia 1,000 tahun yang mengandungi teori matematik daripada ahli matematik terkenal dunia, Archimedes yang hidup pada kurun ketiga sebelum Masihi dipamerkan di Muzium Seni Walter di sini sejak Ahad lalu.Sebelum ini buku itu dilelong pada harga AS$2 juta (RM6.21 juta) pada 1998.

Selepas pameran itu berakhir pada 1 Januari depan, ia akan dikembalikan kepada pemiliknya.
Archimedes tinggal di Greek Syracuse dan terkenal dengan teriakan Eureka yang bermaksud, saya telah menemuinya.Dia menjerit perkataan itu selepas membuat penemuan mengenai teori pengapungan air semasa dia sedang mandi.

Archimedes juga dikenali kerana pencapaiannya yang mengagumkan seperti pam air, tulisan mengenai matematik dan lastik. - Agensi

Sumber: Kosmo Online
P/S: Matematik oh Matematik.. Rindu dengan formula xyz

0 Comment for "Buku Teori Matematik Archimedes dipamer"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top