You don’t have to be big. You have to be remarkable

Ku Cari Damai Di Hati

Salam Semua...

Santai malam dengan entri personal.. Sudah lama tidak mendamaikan hati dengan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Sudah lama juga tidak menghirup udara segar dari hutan. Rindunya pada hutan hujan tropika. Rasa mcm nak masuk hutan je dlm masa terdekat ni. Tapi di mana? Masa sungguh tidak mengizinkan, apatah lagi poket jugak yang kian kopak buat masa sekarang. 
Sometimes we need our own space. Me too
Sebut je perkataan ketenangan masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Begitu juga aku. Kadang kala aku memerlukan masa untuk bersendirian, bermuhasabah diri dan juga cuba untuk menyelesaikan setiap kekusutan yang ada di dalam fikiran. Ops.. I know.. May be some of you might say "sembahyang dan berdoa kepada Allah untuk menenangkan jiwa dan meleraikan kekusutan yang sedang melanda fikiran" Terima kasih dan aku tahu amanah aku terhadap Allah.

Well kalau time kusut-kusut, serabut, hati tak tenang, banyak perkara yang nak diselesaikan aku suka pergi playground dan tasik. Zaman student dlu selalu lepak di Tasik kat PJ depan dengan Amcorp Mall. Kalau rajin jogging, untuk rembeskan hormon yang jahat dan meringankan badan yang sudah tersedia ringan. Jogging bukan untuk kurus. Orang selalu salah anggap jogging untuk orang gemuk dan untuk kuruskan badan.

Kalau pergi kat playground dpt cuci mata tgk family and karenah anak-anak. Comelnye..  Bile tak de orang baru la aku curi peluang untuk main buaian. Yeehaa.. Buai laju-laju.. Tapi tak best sebab kaki aku panjang sgt tak bleh nak biarkan tergantung. Apapun bile main buai hilang segala masalah seketika..

Bila lepak tepi tasik plak dapat tgk bangunan di sekeliling tasik, tgk kehijauan pokok-pokok dan tanaman and also dapat tgk kebiruan langit. Aurora jugak terpancar bila senja mendatang. Wah indahnya alam.. Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang mata untuk melihat keindahan alam serta menikmati dan bersyukur di atas kurniaan deria penglihatan ini. 

Aku masih ingat saat aku abis praktikal, kepala kusut memikirkan hutang yang terpaksa di jelaskan dan juga aku ada aku punya target---> BEKERJA SEBELUM GRAD. Ye aku memang ada matlamat hidup aku sendiri dan aku telah setkan di kepala otak aku ni beberapa tahun lalu. Matlamat haruslah realistik. Time tu kepala kusut sgt sebab gile nak keje. Macam-macam keje aku apply and banyak jugak interview yang aku dapat tp ada jugak yang aku tak pergi sebab aku tak tahu kat mana. Last skali before aku balik kampung aku dapat panggilan temuduga untuk satu company. Yes.. Da pergi temuduga tapi kena tunggu jawapan.. Finally aku balik kampung. Dua minggu kemudian dapat email yang aku da boleh masuk keje and lapor diri. Alhamdulillah. Aku dapat capai matlamat aku even bukan dalam bidang pengajian aku. So now aku masih lagi bekerja di company tu.

Apa yang aku dapat relatekan dengan tajuk entri diatas adalah tika dan saat ini aku kusut memikirkan banyak perkara. Sukar untuk aku jelaskan kerana tidak ada orang yang mengerti apa yang sedang aku lalui. Aku mampu luahkan kepada Lurviey, mama and kawan aku Gmah. Aku amat mengharapkan kekusutan yang melanda aku ini dapat dirungkaikan minggu ini. Amin..

P/S: I just realized kadang kala ada permasalahan yang aku tak mampu selesaikan sendiri. Sigh**
Tag : personal
0 Comment for "Ku Cari Damai Di Hati"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top