You don’t have to be big. You have to be remarkable

Penyelesaian di Hujung Jari

Salam Semua...

Masih rasa mengantuk dan ingin tidur kembali. Ahad kan ari rehat-rehat.. Lenjan atas katil sampai puas la kan. Setiap manusia confirm akan berhadapan dengan masalah. Tak kisah la kecik ke besar ke.. Tapi mcam mane orang-orang settlekan masalah? Aku? Kecik atau besar yang membabitkan harta benda yang rosak biasanya aku akan mengooglekan diri aku untuk mencari penyelesaian.. Setakat ni Alhamdulillah semua settle. Tapi kalau masalah soal hati tak perlu google tapi perlu otak sendiri untuk berfikir. :)

Seek for a solution?


Antara masalah yang pernah aku hadapi and aku google


1. iPhone hang
Ahhh sudah... cuak gile aku bile iPhone hang kan.. Nak tekan button off pun tak leh. Skrin pun hang... Wat shud i do?? Arghhh gile kau kalau hang selama-lamanye.. Mahal tu.. Apa lagi.. Dengan susah hati aku google cari la solution untuk masalah macam ni. Settle!!!

2. Kete Lurviey calar.. 
Actually isu ni biasa je tapi disebabkan aku kurang cerdik dalam benda-benda yang membabitkan kereta ni makanya aku pun menggoogle jugak cari solution.. Warghhh.. Aku baru tahu ada cat untuk hilangkan calar.. Tapi tak pergi beli pun.. Hehe..

3. Laptop aku loading dari aku tido sampai bangun tido
Bayangkan lama tu loading nk ke home.. Last2 google jugak cari solution.. Mak aihh.. Punye la payah nak solve problem ni.. Mana la aku tahu pasal komputer ni sangat kan.. Tapi Alhamdulillah berjaya.. :) Senangnya hati.. Tak perlu ribut-ribut pusing kepala fikir nak pergi format laptop or pergi hantar kedai.. Duit lagi tu.. Walhal senang je tapi chargenya ish.. Tak patut...

4. Masalah Skrin Putih
Tang ni memang aku mengaku yang aku sangat bodoh kerana setelah hampir 4 tahun baru 3 hari lepas aku google cari solution.. Kenapa la aku tak pernah terfikir untuk cari dalam internet. Tengok skang aku yang susah.. Tetiba ada cencorot plak kt laptop ni.. Tu la marah2 then hempas laptop skang padan muka.. Masalah ni pun da selesai.. Alhamdulillah.. Sukanye hati.. Last time tanye kedai dorang ckp aku beli yang klon punye. Then aku accept je la.. Beli almost RM3k tapi da ada problem. Lepas tu kalau nak ok balik kena tukar skrin. Skrin ACER bukan murah.. Dekat rm1k jugak. Better aku beli notebook baru. Tapi skang postponed dlu sbb da settle (those yang ada masalah ni nanti aku ajar eyh mcm mne)

5. Kunci tertinggal dalam kereta
What the.... Ni pun nk check internet jugak ke? Mestilah.. Ada internet kenapa tak gunakan sebaik mungkin kan. Yang ni aku check Youtube.. Oh gitu caranya.. Nampak mudah tapi susah la.. Ada solution utk kete manual and auto.. Hehehe.. Tapi yg ni kurang berjaya sebab aku nye idea lambat.. So ni Lurviey yang solve kan. But at least aku ada inisiatif untuk google cari solution kan. :)

Apa lagi eyh?? Aku pun lupa ar.. Banyak yg aku solvekan and da settle.. Oopss.. Opppsss cara nk guna Microwave pun aku google jugak... Melampau kan.. Ok.. Rumah aku tak de Microwave. Ada oven je.. Mana sama.. Sambil google tu bleh tahu function sebenar microwave and apa baik buruknya guna benda alah ni kan.. Hehehe

P/S: Guna internet solve problem bukan guna internet utk bikin panas... :)
0 Comment for "Penyelesaian di Hujung Jari"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top