Special Offer

Author

Tips Percutian Bajet

Salam Semua...

Bersempena cuti sekolah ni confirm la ramai yg nk bercuti-cuti Malaysia kan. Lau orang banyak duit tak de maknenye dorang nk cuti kt Malaysia. They prefer London, Manchester, Phuket, Bali dan lain-lain. Tapi kalau orang tak beruang (berwang) mcm aku ni yg mana nk bercuti pun kena fikir 15 ratus ribu kali sama ada perlu or tak mcm mne?? Emmm.. tak yah la duk bimbang, runsing sampai nak pecah kepala memikio mana nak pergi ok. Kat sini ada tips yang dipetik daripada Remaja dan sememangnya aku bersetuju dgn tips ni. 
 

5 Tip Bercuti Sambil Berjimat. 


1. Elakkan bercuti semasa cuti
Umum atau cuti persekolahan Waktu cuti umum mahupun cuti  persekolahan adalah hari yang paling dinanti- nantikan oleh semua untuk bercuti bersama keluarga dan rakan. Masa ini semua hotel dan pusat percutian akan meletakkan harga yang tinggi untuk proses penginapan. Oleh itu ubah jadual percutian kamu bersama keluarga dan yang tersayang pada hari selain musim cuti umum serta atur percutian lebih awal bagi mengelakkan bebanan kerja di pejabat.

2.Gunakan kenderaan awam
Lupakan niat kamu untuk bercuti dengan menaiki kenderaan sendiri  dan gantikan perjalanan kamu dengan menaiki kenderaan awam seperti bas. Ini kerana kosnya jauh lebih murah berbanding menaiki kenderaan sendiri. Harga tiket bas lebih murah jika dibandingkan dengan harga minyak dan tol yang terpaksa kamu keluarkan demi percutian tersebut. Tidak salah sekali-sekala menikmati perjalanan dengan perjalanan dengan pengangkutan awam.
3. Bawa bekalan makanan sendiri
Lebih jimat apabila kamu membawa sendiri bekalan makanan dari rumah.  Kebanyakan restoran mahupun kedai makan di lokasi percutian akan meletakkan harga yang tinggi kerana mereka tahu semua  pengunjung hanya akan tertumpu pada satu tempat sahaja untuk mendapatkan makanan. Ringan-ringankan tangan untuk bangun awal pagi demi menyediakan bekalan percutian kamu.

4. Sediakan bekalan untuk perjalanan
Semasa dalam perjalanan, sering kali kita singgah ke stesen minyak mahupun  kedai runcit untuk mendapatkan makanan ringan. Kurangkan membeli makanan ringan di luar dan gantikan dengan penyediaan bekalan makanan dari rumah seperti roti sandwic dan makanan ringan lain sebagai alas perut kamu dan rakan.

5. Tempah tiket segera
Bagi mereka yang memilih untuk  menaiki kapal terbang ketika percutian, buatlah tempahan tiket lebih awal bagi mendapatkan harga tiket yang lebih murah. Tambahan lagi pembelian secara online biasanya disertakan dengan harga promosi berbanding membeli secara manual di kaunter.

Tips no 3 memang bajet gile kan but practical. Tip no 4 selalu dipraktikkan oleh family aku. Selalu lau nk balik kg mama mesti masak siap2 bawak bekal then stop mkn kat highway. Lagi sedap, jimat dan bleh melantak banyak. Hehe. Apapun those yg pergi bercuti tu selamat bercuti. Sememangnye aku jeles ngn orang yg bercuti sbb aku pun nk bercuti jugak!!! Jom Cuti-Cuti Sabah tahun depan




Sumber: Remaja (Tips Bercuti Sambil Berjimat)



P/S: Mataking dan Karambunai da memanggil. Aku tak kire aku nak jugak!!!


1 Komentar untuk "Tips Percutian Bajet"

tapikan...tapikan..tapikan..
ok lagi naik kenderaan sendiri..hihihih

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top