Special Offer

Author

Demontrasi 901 Bebaskan Anuar Ibrahim : Senarai Jalan Di Jangka Sesak

Assalamualaikum

9 Januari 2012 adalah tarikh keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Saiful akan diperdengarkan. Sehubungan dengan itu, pihak Pakatan Rakyat akan membuat perhimpunan Demo 901 Bebaskan Anwar Ibrahim di perkarangan tempat letak kereta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi esok. Oleh itu, Kuala Lumpur di jangka sesak lebih daripada biasa dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan notis di laman facebooknya menasihatkan agar semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan di jalan-jalan tersebut.



Antara jalan² yang djangka terlibat adalah yang menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya. Jalan² yang di jangka terlibat dengan kesesakan ini ialah:

1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching, Bulatan Segambut
3. Jalan Khidmat Usaha
4. Jalan Ibadah
5. Jalan Dutamas
6. Jalan Persiaran Dutamas
7. Jalan Hikmat Usaha.

Agak-agak selepas keputusan diumumkan esok dan didapati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah, apakah yang akan berlaku? Sekian..


P/S: Confirm ramai yg sampai ofis lewat and alasannye jln jemmmm.. walhal sengaja..
0 Komentar untuk "Demontrasi 901 Bebaskan Anuar Ibrahim : Senarai Jalan Di Jangka Sesak"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top