Special Offer

Author

Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang

Assalamualaikum

Ingatkan tahun ni boleh pecah rekod tak jejak kaki ke bazar ramadhan *kononnya , tapi jejak jugak. Hari Khamis ari tu Lurviey pick up awal and berkesempatan la jejak kaki ke Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang. Kata Lurviey tu bazar terpanjang kat KL. Memang panjang sampai nk beli apa pun tak tahu. 


Dua kali ulang alik last-last beli cendol dengan kue teaw goreng. Serious tekak aku tak tahu nak makan apa.  Langgar pantang jugak aku ari tu minum ais waktu berbuka and he said tak pe sekali sekala. Minum je la cuz nk gerak kemana pun tak tahu. Berbuka puasa dlm kereta. Last year selalu jugak berbuka atas kereta, atas jalan tapi tahun ni baru sekali. First time berbuka ngan Lurviey and baca doa bukak puasa sama-sama. 

Aku rasa, khamis tu first and the last kot pergi Bazar Ramadhan utk tahun ni. Tak sanggup da nak jejak dengan asap bakar ikan ayam yg bikin aku sesak nafas. Sedangkan asap rokok pun aku rasa mcm da nk terhenti jantung aku, inikan pula asap membakar. ikan ayam.

Hari ni duk dalam bilik seharian dan berbuka puasa sorang-sorang lagi. Nak masak apa pun belum pasti lagi.
Esok baru dpt jumpe Lurviey balik and hope esok tak jamn sgt walaupun kebarangkalian utk jamn itu tinggi. Maklum la, tinggal beberapa hari lagi nak raya and balik kampung. Persiapan plak last minute plus baru terima bonus dan gaji.. 


P/S: Borang cuti belum isi lagi.. Korang da ke??





11 Komentar untuk "Bazar Ramadhan Jalan Raja Alang"

baru sekali jejak pasar ramadhan. tak suka sesak2.

tak isi pun mmg cuti seminggu je.

biasalh bazaar mesti sllu sesak...
sm ct dpt seminggu x ckup bg sis nk blik dua tempat..

dh banyak kali g bazar dan beli bnda sama. nasi ayam madu.hihihi

nur pun dah jejak pasar ramadhan..ingatkan tak jejak..hihihi

tapi skarang org xramai dah.. minggu depan org ramai la kot..

sebenarnya, letih taw ke bazar ni sbb sesak kan. tp syiokkk!

xsuke g pasr rmadhan cz setiap kali g nafsu makn melonjak...hahaha...done follow sini...

uasa tahun ni deno ke bazar 3kali..

dulu time kecik abah slalu jgak x kasi kami berbuka dgn ais..tp skarang bila dah besar men hentam jaa..haha..

bazar jalan raja along ada tak? hihihi..deqla awal2 lagi dah apply cuti.. :)

memang rambang mata jadinya bila masuk bazaar ramadhan ni kan.. mcm2 ada jual hehehe

akak pn br sekali g bazar hihiii....cuti raya seminggu hehe

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top