Special Offer

Author

10 Tip Diet

Assalamualaikum

Ramai kawan-kawan aku nak diet tapi kadang cara berdiet tak masuk dek akal.. Diet, tapi makan makanan tak berkhasiat jugak.. Diet ke tu? Ok, I'm not saying aku ni bagus but aku tak faham dengan mereka yang tak faham erti DIET. Ckp byk pun tak guna so baca je la tip kat bawah ni eh... 

Di-Sip-Lin pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee


10 Tip Diet aku petik kat Remaja. 

Diet adalah amalan pemakanan yang dapat membantu kamu untuk kekal sihat dan langsing, tetapi tahukah kamu terdapat perkara-perkara yang harus kamu turuti semasa menjalani aktiviti diet ini.

1. Diet Yang Sesuai:
Keperluan badan kamu kadangkala berbeza dengan badan orang lain oleh itu kenali keperluan badan kamu sebelum memulakan sebarang diet. Ini bagi membantu kamu untuk kekal realistik dalam meneruskan diet kamu.

2. Elakkan Jadi Mangsa Diet:
Diet yang sihat adalah diet yang akan membantu kamu untuk menghilang berat badan secara sistematik, bukan secara mendadak yang kadangkala bakal membahayakan kesihatan kamu.

3. Cara Hidup Sihat:
Terdapat sesetengah daripada kamu akan berhenti daripada mengamalkan diet yang sihat apabila mereka kembali mendapatkan badan yang diidamkan .


4. Elakkan Mengunyah:

Kamu seharusnya memberi perhatian semasa makan ini kerana otak dan perut boleh meneliti makanan kamu. Dan mengunyah makanan semasa sedang menonton televisyen atau di depan komputer hanya akan membuatkan kamu terus makan dan makan tanpa kawalan.


5. Minum Air Masak:

Air putih dapat membantu kamu untuk kekal aktif. Minum sekurang-kurangnya 6 liter air setiap hari untuk kamu kekal cergas. Dan adalah lebih baik buat kamu minum segelas air sebelum makan.


6. Jangan Putus Asa!:

Kesilapan sering berlaku oleh itu bagi kamu yang baru memulakan aktiviti diet kamu, ambil ini sebagai cabaran dan jangan biarkan ianya menjadi halangan buat kamu. Bukan mudah untuk menukar cara hidup kamu, oleh itu kekuatan mental dan fizikal bakal membantu kamu untuk memiliki hidup yang lebih sihat.


7. Senaman:

Kamu seharusnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari, dalam usaha untuk menguruskan badan. Cara senaman dan pemakanan kamu adalah kombinasi yang amat penting sekali untuk dititikberatkan. Bagi yang baru ingin memulakan diet mereka mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan.


8. Diet Bukan Bermakna Tidak Makan:

Kebanyakan diet yang gagal adalah mereka yang tidak memulakan hari mereka dengan sarapan pagi. Penting buat kamu tahu bahawa sarapan pagi diibaratkan sebagai enjin yang akan menggerakkan hari kamu.

9.Makan Dalam Kuantiti Yang Sikit:

Bagi kamu yang suka makan, kamu masih boleh meneruskan minat kamu ini tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Makan dalam kuantiti yang lebih sedikit, oleh itu setiap kali kamu berasa lapar hadkan pengambilan makanan kamu.


10. Makan Ketika Lapar:

Setiap daripada kamu mempunyai had maksimum pemakanan yang berbeza. Jangan makan ketika kamu sedang marah, sedih atau bosan. Kunci dalam mengamalkan diet yang sihat adalah dengan makan ketika kamu benar-benar lapar. Dan mengidam sesuatu makanan bukanlah saat sebenar kamu sedang lapar ya!


Mudah je kan? Mudah kan kan kan? Aku bukan obsesi dengan berat badan tapi aku ambil berat je. Tak salah kan? Kadang mcm annoying je entry pasal ni but aku nak share je cuz aku tak mampu nak menegur mereka yang ckp je nak diet tapi sebaliknya mengamalkan something yg bertentangan dgn diet. And u keep complaining. Apa yang penting?? Badan Sihat!! Peace yoo... 

Sumber: Remaja

P/S: Gain Weight Tips Pleaseee... 

Tag : fitness
16 Komentar untuk "10 Tip Diet"

gain weight tips please.. hihi.. nak request jgk. :)

betul tu..
setengah org tu bila nk diet apa pon tak nak mkn..
yg penting breakfast kene amik tiap2 pagi ;D

as salam

buat xtvt yg buat badan berpeluh tu sbnarnya yg bagus bukannye tak makan sbb nk kuros..sbb tk makan tp duk diam2..lemak tetap tepu dlm badan..experience seniri..dulu2 selalu jungle treking tiap2 petang..mmg dlm seminggu tu boleh turun 3 kg..tp skang duk diam2 je dah naik berkilo2..oh rindunya jungle trek:)

diet yg mntap harus di susuli dengan exercise yg mantap..=)

gain weight tips sekarang ni husna taw mkn bnyak je..x pon minum susu gain weight..=P

naniey, betul tu ..intan pon tgh diet..tapi makan dalamkuantiti yg betul dan elakkan makan berat waktu malam..dan sekarang bawak bekal nasi dan lauk banyak intan stimkan..kurangkan minyak.lebih sayur dan lg satu kurma! heheh

diet makan dan kena senaman..yg penting azam kena kuat hehehe

aah betul.. sesetengah org nie kadang2x dorang salah erti ape maksud diet tuu. Sampai x nak makan nasi 5 hari laa. -,-

tips yg baguss.. :)

tapi tang putus asa tu...nur lah tu...
selalu mcm tu..hikkhikhikkk

akak pun nak tips yg kat p/s tu.. hihi

tang no 2 tu mmg tak la...hihi...deqla x penah diet... :)

Thanks for sharing this tips Nani.. Penting ni..

nani thanks a lot share tips ni..bagus sgt tau :-)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top