Sunday, November 25, 2012

Cara Mengawal Kadar Kolestrol

Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti kalian hari ni? Keluar or duk rumah je? Shopping?? Sale da start kan? Hehe.. Apapun aktiviti kalian, moga kalian menjaga kesihatan. Cuaca tak menentu dan mudah sangat kena penyakit. Tapi ada juga penyakit disebabkan gaya hidup kite sendiri. Gaya hidup macam mane? Makan makanan yang tidak sihat. Kolestrol tinggi, tak berkhasiat dan etc...Jadi hari ni aku up entri tentang bagaimana cara nak mengawal kadar kolestrol. *utk diri aku jugak



Kadar kolesterol yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit kardiovaskular seperti strok dan lain-lain. Selain menjadi punca penyakit itu, kolesterol berlebihan juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan kegemukan. Jadi, bagi menjaga kadar kolesterol yang normal, amalkan langkah langkah berikut:

Diet Sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab bertambahnya kadar kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, kurangi makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah, mentega, keju dan kuih muih yang manis.

Kurangi Berat Badan
Obesiti peningkatan kolesterol yang tinggi. Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur darah. Jadi, kurangi berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki atau berbasikal mahupun berjoging.

Ringan Tulang
Orang yang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak. Biasanya orang yang rajin tidak betah duduk diam menonton TV sambil berbaring atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol dalam badan berbanding orang yang rajin. Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.

Hindari Rokok
Tabiat merokok berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan. Jadi, mulakanlah dari sekarang jauhi rokok.

Awasi Waktu Risiko Tinggi
Waktu risiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus. Biasanya wanita menopaus memiliki kadar kolesterol yang tinggi berbanding lelaki. Oleh itu, sekiranya anda kalangan yang telah menopaus, jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik. Jangan lupa untuk tetap berolahraga.

Hati-hati Dalam Penggunaan Ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida. Jadi demikian, sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Jauhi Alkohol
Kekerapan mengambil alkohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.

Elak Stres
Jika anda stres, pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik. Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Oleh sebab itu, pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stres berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

Peka Kesihatan Badan
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh. Untuk itu, lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.


Kadang-kadang diri aku sendiri pun bantai makanan yang tak sihat but aku akan cube mengawal nafsu dari makan makanan yang tak sihat dengan menggunakan teknik 'rationalisasi'. Kalau ikut nafsu semua benda aku nak makan. Kalian bagaimana?


Sumber: Mingguan 
P/S: Bile last korang buat medical check-up??




13 comments:

intanfirdaus247 said...

hi nani!!!!!! hehehe..intann baru balik makan lunch dari pekan sg besi..makan nasi ket, ulam pucuk betik, ulam pucuk ape ntah, ikan tenggri goreng, kuah pajeri nenas..:) nani makn apa?

fatin amalina husna said...

sekarang tgh cuba elak dari seharian depan laptop..=P digantikan dgn main2 lompat bintang dgn adik2..=P

last mcu waktu nk masuk uitm dulu..dah berbulan-bulan berlalu..miahahaha..=D

Cik Nur said...

samalah nanie, nur pun kadang main hentam je....

tapi terkwala dalam pmakanan.. kena beringatlah jugakkan..hihi..

IntaNBerliaN said...

tips yg bagus... yg xda kolestrol kne cegah :-)

Deqla manjew said...

org kurus pun kena jaga gak ni kan..huhu...dear, url blog nanie mmg deqla x dpt terjah kat opis tau...so,,boleh terjah kat umah je la...huhu... maaf tau kalo lmbt bls kunjungan... :(

Arra Ahmad said...

kerja dekat hospital terpaksa mengawal nafs makan~terutamanya lah..sebab selalu kena buat checkup...hihi

Aleeya Atinza Saaid said...

bila da bekeje..stress itu adalah sesuatu yg paling sukar dielak phewwww

Chic Na said...

makanan kolesterol kontrol jugak. tp keja cikna banyak berdiri & berjalan2 kat dalam lab tu. naik turun tangga. harap2 dapat la bakar kalori sikit wpun kurang bersenam.

Mrs Velentine said...

kolestrol ni tak tengok saiz badan..sebab ada kawan MV kurus jer tapi kolestrol tinggi

Si Matatajam said...

Akak ni sekejap kawal sekejap tak plak hu hu...Tp bab stress tu susah skit la..

kinara kinatara said...

nice sharing kak..huhu..:)


p/s:kina dah habis sukan..sekarang bz prepare untuk next sem..huhu:)

dya bunga said...

mala xbuat medical check up..hhuhuhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

stress tu mcm xblh elak la nani hahaha....btw nice tips...akak selalu buat checkup kolestrol tau