Special Offer

Author

Di Sebalik Mitos dan Pantang Larang Ibu Hamil

Assalamualaikum

Da lunch belum ni?? Tdi sambil makan tangan kiri pegang mouse cari info then tetiba nampak benda ni. Terus aku baca.. Ngee... So, those yang ada pengalaman tu, sila la komen sikit.. Nak jugak tau kan.. 



Setiap kehamilan pastilah memberi makna yang tersendiri kepada pasangan suami isteri. Ahli keluarga juga teruja apabila mengetahui mereka bakal menerima kehadiran orang baru. Pelbagai andaian mahupun telahan dibuat terhadap kandungan.

Ada telahan yang sekadar mitos sahaja dan ada juga yang memberi manfaat buat ibu. Ketahui mitos yang kerap kali menjadi perbualan di kalangan ahli keluarga mahupun teman-teman.

Bentuk perut petunjuk jantina bayi.
Terdapat andaian yang memberitahu perut yang menonjol ke hadapan atau membuncit ke atas memberi petunjuk janin yang dikandung adalah lelaki. Manakala, bentuk perut yang melebar pula dikatakan bayi perempuan.

Secara jelasnya, tiada fakta yang tepat yang dapat menyokong sumber yang dimaklumkan. Bentuk, ukuran mahupun arah perut tidak boleh dijadikan sebagai andaian.Yang paling penting adalah menjaga, merawat dan menyayangi janin yang ada dalam kandungan sehingga selamat dilahirkan.

Minum kopi punca tanda lahir
Perlu ibu ketahui, sekadar mengambil secawan kopi sehari ia tidak akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Justeru, kopi tiada kaitan yang jelas dengan tanda lahir yang ada pada bayi anda.

Bayi perempuan ‘curi’ kecantikan ibu
Akibatnya ibu kelihatan kusam dan tidak bermaya sepanjang kehamilan. Hakikatnya, wajah kusam dan kulit yang tidak cantik pada ibu mungkin terjadi akibat perkembangan janin sehingga menyebabkan kulit itu mengalami kekeringan.

Barangkali juga ia diakibatkan oleh suhu yang panas dan gangguan hormon. Perlu diketahui, kulit kering tidak dapat menjadi indikasi yang dapat menentukan jenis janin.

Elak jumpa orang cacat
Tatkala bertemu dengan seseorang yang berwajah buruk atau cacat, bakal ibu akan berasa bimbang. Ada juga saudara mara yang minta anda menghindari dari bertemu dengan golongan sebegitu.

Alasannya bimbang janin akan terkenan dan mengalami keadaan yang sama seperti mereka. Jangan bimbang, hal sebegitu tidak akan berlaku. Janin tidak akan menjadi buruk wajahnya hanya dengan melihat sesuatu yang buruk.

Sebaiknya dari awal lagi, amalkan membaca surahsurah pilihan untuk membantu ibu sentiasa tenang emosi sekaligus mempengaruhi janin dalam kandungan. Bakal ibu juga perlu mengambil vitamin yang dibekalkan oleh doktor agar janin dalam kandungan sihat dan selamat.

Gemar makan asam tanda dapat anak lelaki.
Ada juga yang menyatakan ibu hamil yang gemar memakan coklat akan melahirkan janin perempuan. Justeru, bagi anda yang mahukan bayi lelaki akan meminta pasangan membelikan anda mangga muda.
Sabar ya bakal ibu! Tiada jaminan perubatan yang dapat menentukan keinginan makan sesuatu boleh menentukan jantina pada janin anda.

Bayi berambut buat ibu panas
Ianya hanyalah mitos, hal ini kerana gejala panas dalam adalah biasa buat wanita hamil. Terutama di akhir trimester, apabila janin mula memberikan tekanan kepada organ ibunya.

Ibu hamil perlu mengelakkan makan sambal.
Dikatakan mengambil sambal berlebihan boleh menyebabkan kepala janin botak. Perlu diketahui cili bukan punca kepada kebotakan. Namun, ibu masih perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas agar ibu dapat mengelakkan berlakunya masalah cirit birit.

Jangan makan nanas
Wanita hamil juga sering kali diingatkan agar tidak memakan nanas mahupun asam. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keputihan, keguguran dan meningkatkan lendir pada paru paru bayi malah ada yang menyatakan ia boleh menyebabkan bayi kuning.

Perlu diketahui, nenas kaya dengan vitamin C dan ia membantu penyerapan zat besi dan menurunkan risiko jangkitan kuman dan pra matang. Namun, pengambilannya yang berlebihan iaitu lebih dari 1000mg/hari ia mampu mencetuskan masalah kesihatan yang lain terutama pada anda yang sensitif.

Jangan duduk di muka pintu
Kata orang tua ia boleh menyebabkan ibu sukar melahirkan. Hal ini kerana, perlakuan ibu dikatakan menghalang laluan orang. Perlu diingat, pintu merupakan laluan angin. Sebab itulah, bakal ibu perlu menghindari daripada berada di muka pintu untuk mengelakkan tubuh mereka sejuk dan berangin.Ia sama sekali tidak ada kaitan dengan proses kelahiran secara pembedahan.

Ibu hamil degil akan bermasalah
Ada yang memaklumkan jika bakal ibu tidak mahu mengikuti pantang larang yang diberikan bermakna bakal ibu akan dilanda masalah. Seharusnya bakal ibu jangan marah, ucapkan terima kasih dengan pandangan yang mereka berikan.


Namun, pandangan yang tidak boleh diterima, tidak perlu disimpan dalam hati sehingga mengganggu emosi ibu. Yakinlah bahawa baik atau buruk perjalanan hidup seseorang telah diatur oleh Allah.

Walaupun pelbagai mitos telah dikemukakan wanita hamil tidak perlu terlalu taasub sehingga menyebabkan perjalanan kehamilan anda menjadi tidak ceria.

Yg familiar bagi aku, jangan makan makanan yang tajam2, jangan bunuh binatang, jaga tingkah laku and percakapan.. Pasal minum kopi and jangan jumpa org cacat tu first time aku dgr.. 

Sumber: Mingguan Wanita.


P/S: Slh satu majalah yg aku suke baca. Tpi mama punye la. :P


17 Komentar untuk "Di Sebalik Mitos dan Pantang Larang Ibu Hamil"

Macam2 kan mitos..tapi tang makan nanas tu sy pon takut nak makan kalau tol ngandung…rasa macam tajam tajam ja nanas tu

bab perut,nenas,duduk depan pintu @ yg last tue rsanya betul kot

ada sesetengah pernah dgr, ada sesetengah yg baru dengar. menarik jgk. huhu.. tp xtau la kebenarannya.

hu3...tak tahula blh percaya ker tak..
tapi bagus gak kalau diamalkan rasanya...

dgr nenas je rasa mcm bahaya untuk preggy woman.
hehe
dah sebati dlm kepala otak kot

oh, begitu ea..

p/s: yui bru bc hal tu tibe2 blog yui yg jd gtu..hihi.

Macam2 pantang larang orang mengandung AJ penah dengar.....
Kesahihannya, AJ sendiri tak tau... =D

husna sempat klik iklan nestum..
peace..^^V

hehehe..mcm2 kan, ade yg nur pernah dengar, ade yg baru pertama kali dengar...hihihi

baru dya tahu yg nanas tu rupanya mitos..thanks nani

dah keje dengan nenas... langsung tak makan nanas masa mengandung.... huuhuhu

Ada yg suratan ada yg kebetulan terjadi tu...tapi semuanya kuasa Allah kan..nice sharing..

byk sebnaqnya kan..
yg mana elok amik panduan k
ten q naniey..
in Shaa ALLAH..

Deqla sejak kawen x mkn nenas..haha...terpengaroh ngan mitos la kot...

banyak kan mitos tu tp yg nenas tu masa preggy akak mmg xmakan....tu pun ikut nasihat doktor gak

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top