Special Offer

Author

Makanan Wajib Setiap Hari

Makanan Wajib Setiap Hari | Diet Seimbang |


Assalamualaikum

Sudah makan?Makan, makan, makan. Bagi home minister mesti pernah sampai satu tahap buntu nak memasak kan? Sebab tak tahu nk masak apa. Even me yang bukan home minister pun sakit otak mau fikir nak masak apa nak makan apa. 
Makan merupakan perkara penting untuk meneruskan kesinambungan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat? Belum tentu... *stress*

Di petik dari Majalah Remaja, di bawah adalah jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kamu.

1. Yogurt 
Kenapa perlu minum yogurt? Tahukah kamu bahawa yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur di dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh dan melindungi tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis ‘mengandungi kultur yang hidup dan aktif’ agar manfaatnya dapat dinikmati oleh tubuh.
 
2. Tomato
Kenapa harus makan tomato? Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan, penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.
 
3. Lobak merah
Kenapa harus makan lobak merah? Sebahagian besar, buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karotenoid, yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid arthritis.
 
4. Blueberi
Kenapa harus makan blueberi? Buah ini kaya antioksidan! Ia dipercayai dapat mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjukkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A dan C.
 
5. Soya hitam
Semua soya bagus untuk kesihatan jantung, cuma soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu dapat meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya hitam kaya dengan antosianin, iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.
 
6. Gandum
Selain kaya dengan khasiat, gandum juga mengandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.
 
7. Bayam
Bayam kaya dengan asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, namun bayam dipercayai amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Sebagai bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

Sumber: Remaja

Banyak2 makanan kat atas, aku tak pernah makan fresh bluberry. Soya hitam tu macam mane plak? Ada sesapa yang tahu? Lobak merah? Tu makanan wajib aku zaman dulu. Daily aku akan makan mentah sebatang tapi sejak aku rasa pening2 lepas makan lobak tu aku mula skip carrot. But carrot is healthy snacks!! Crunchy. 

Bile bercakap and up entry pasal fitness and health, nutrition aku jadi excited. Niat aku hanya utk berkongsi. Bukan aku nk ckp aku bagus tapi aku masih dlm proses utk ke arah gaya hidup yang sihat. Major problem aku skang ni is HOW TO KICK OUT CAFFEIN from my life. Susah woo.. Rasa pahit2 die yang sedap tu buat aku ketagih.

P/S: Bukan mudah utk seseorang dpt 'insight'

15 Komentar untuk "Makanan Wajib Setiap Hari"

samalah...akak skg mmg dh kurangkan Caffein..sarapan minum air suam jer...kalau nak minum manis akak ambil teh @ nestum

blueberry dengan soya hitam memang tak pernah makan..huhu

kak intan pon...tapi kan....bab kafein ni payah sikit la..:)

yogurt mmg favret. tomato & carrot boleh makan tp kena masak la. mentah2 mmg tak lalu. huhu..

Samalah naniey. tapi sejak bujang lagi i memang tak suka makan benda2 ada caffein ni, tak tau kenapa..sangat2 tak suka :)

Nur tak suka yogurt...!!
huhuhuhuhuhu

pyka suka sgt mkn yogurt . yang tuh sdap la . hee

bayam..dulu tak suka..skrg gila mkn bayam hehehe

deno suka mkn yogurt dan minum soya! hehe :)

husna plak yogurt telan yg bliss pnya..yg lain x suka..soya hitam x pernah jumpak plak..

dah nak balik merbok..bayam kat sana selalunya basuh x cuci..membuatkan husna benci bayam kat sana..huk3..

Kak M pun suka mkn yogurt time lapaq tp malas Masak..hi hi,,

takde favourite zera pon, nani? :(

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top