Special Offer

Author

Siaran Langsung: Parlimen Di Bubarkan Hari Ini

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sambil buat keje sambil dengar Radio Bernama. Yang ada TV tu boleh la on tv ye. Dengar DS Najib berucap tentang pembubaran parlimen. Pada 3 April 2009, beliau telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6. Beliau juga menyarankan kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memudahkan proses pilihan raya..

Di petik dari Facebook Radio Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan. 

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Datuk Seri Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.




Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas. 


Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.


Moga pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan dalam keadaan aman.

P/S: Nampaknye Lurviey mkin busy la lepas ni... =(


9 Komentar untuk "Siaran Langsung: Parlimen Di Bubarkan Hari Ini"

Nur tak tgk pun tadi..
Hari ni Bz gila...
huhuhu

kak ina xsabar nk mngundi.. hihii pertama kali nk mngundi :-)

date bubar ni genap2 4 tahun PM pegang jawatan kan. :)

menarik...

naniey tahniah..cepat tgk sini

http://norumara.blogspot.com/2013/04/pemenang-baru-ga-sebentuk-brooch-rerama.html

tahniah naniey :)

http://norumara.blogspot.com/2013/04/pemenang-baru-ga-sebentuk-brooch-rerama.html

lega kan bila parlimen dah bubar..

sama2 nantikan pru13..

mari mengundi..lagu baru pon best gak :)

Yup tau psl ni.. Ramai gak buat entri...hihi

x minat nak taw psal PRU ttp mesti taw apa yg dh jadi dgn neg kita hari ini..=)

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top