Special Offer

Author

Kes Bunuh di LRT Gombak & Taman Melati

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Terkejut baca status Imam Muda (lupe la imam muda mane tadi) minta kepastian mengenai kes bunuh yang berlaku di LRT Gombak dan Taman Melati hari ini.

Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
2013/10/24 - 13:47:15 PM 


Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.




Nak tengok gambar terjah King Jason laaa kat SINI


P/S: There's a reason kenapa cancel last minit tak keluar hari ini. Inilah sebabnya mungkin. Allah Maha Mengetahui. Allahuakbar!!! 


5 Komentar untuk "Kes Bunuh di LRT Gombak & Taman Melati"

makin menjadi-jadi manusia sekarang nih..risau nak keluar rumah..:/

takutkan sekarang ni..mcm2 kes...

nanie, jaga diri yea..

menakutkan je.. ada tunjuk pict kat paper..

Sekarang ni takut nak keluar pi mana mana pun kan. Moga allah lindungi kita setiap masa dan setiap saat.

zmn skrg bunuh membunuh dah mcm main2 plak kan..sana sini dgr bunuh..siyes Negara kita aman pada dasar nama je kan..huhu

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top