Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Cuti Sekolah Seminggu

 Assalamualaikum ... 

Cuti Sekolah Seminggu | Rasa macam baru je cuti walau pun cuti Thaipusam sehari hari tu. Now cuti lagi, jadi boleh relax kejap dari berkejar kejar nak masak dan fikir untuk bekal Naura. 

Semalam dah janji dengan Naura dan Aryan nak breakfast kat Kopitiam Lembah Melewar sebab soto dan mi kari ada hari Sabtu Ahad je. Dah kenyang makan, pusing pusing taman sekejap. Anak anak dah menuntut janji nak pergi Eco. Tapi tu la jalan jem teruk. Masa pusing pagi tadi kat Taman Greenwood tu pun panjang kereta nak lepas traffic light.

Rasa macam nak keluar dengan Grab tapi mengenangkan Naura dan Aryan jenis super duper aktif dan mommy pula mudah bertukar jadi 'singa'. Susah juga kan? Hehe.. Jadi duk rumah je la dulu. Tunggu dua tiga hari lagi baru boleh pergi. Nak topup stationery Naura juga sambil cari barang 'inner child' diri sendiri. Lol ! 

Tag : emovere
0 Comment for "Cuti Sekolah Seminggu"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top