Special Offer

Author

Produk Tiada Kelulusan KKM

Assalamualaikum...

Apa perasaan kalian bile consume produk tiada kelulusan KKM sedangkan seller beria-ria menyakinkan kalian bahawasanya produk mereka ada kelulusan KKM dan paling hot meletup di pasaran.



Produk kecantikan, produk pelangsingan paling hot meletup dalam pasaran. Sebab apa?? Sebab ramai nak cantik dan langsing. Jadi bermacam jenis produk dalam pasaran sampai ada individu yangg tak tahu produk mane nak guna. Solution? Up status dalam facebook mintak pendapat kawan-kawan 'produk mane yang bagus untuk kurus? Produk mane yang nak hilangkan jerawat,parut cela dan macam-macam'. Bagi yang nak untung ni la peluang keemasan yang ditunggu kan.

Saya da penat dengan segala produk ni dari yang komersil sampai la yang murah. Sapa yang pernah baca my previous entry pasal my review tentang Pil Super Resdong mesti tahu akan keberkesanan produk tersebut. Yes. Sangat berkesan ibarat nak angkat kaki tangan semua nak tunjuk betapa bestnye produk tersebut.. Tapi MALANGNYA TIADA KELULUSAN KKM dan no pendaftaran KKM yang diletakkan di kotak/botol adalah PALSU. Now dah stop da and me cari another product and will review the product later after me da consume. Produk dah order tapi belum sampai.

Satu lagi produk pil FIGURE UP. Pil kontroversi.. Rasanye dah beratus orang duk share, copy paste tentang produk ni yang terus di petik dari sumber yang sah (Kementerian Kesihatan Malaysia) but masih ada yang jual. Grrrr.... Kalau produk luar tu lain la.. Nak dapatkan KKM pun satu hal da.. Emmm...

Komen dari blogger Mama Ayu tentang Pil Super Resdong

sy dl mmg penguna setia ubat ni.dh berbotol sy telan. tp sejak diberi penerangan oleh pegawai KKM bahawa ubat ni tak diluluskan serta mengandungi ubat terlarang yg blh menyebabkan kerosakkan ginjal, sy tiba2 terkesima.xtau nk guna produk apa lg.lg pn no register yg tertera kat kotak tu adalah palsu.blh check sendiri kat http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm. hrp dpt membantu org lain

selamat berkenan jugak.jadi no pendaftaran KKM iaitu MAL06051618T mmg takde rekod dlm KKM. peqawai KKM sendiri cakap dia berbahaya kerana mengandung ubat anti histamin yg dipeskripkan oleh doktor dlm produk tu.bahayakan kesihatan kerana dos berlebihan

Ntah berapa botol dah eh saya telan?? Grrr.. Siapa yang harus dipersalahkan di sini? Pengguna?Penjual? Penguatkuasa? Sendiri fikir. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu... No wonder sesetengah toko jamu tak jual and they said tiada kelulusan tapi masih ada yang menjual.. Just now merajinkan diri check details company dalam rekod SSM. Tak de plak. Grrrrr

P/S: Entri ini berkaitan dengan produk buatan malaysia.. Fokus kite produk malaysia.. Kalau produk luar tu lain citer la plak if nak apply KKM. >.<

9 Komentar untuk "Produk Tiada Kelulusan KKM"

kena semak betul2 sebelum membeli sesuatu produk tu...

bahaya sekarang ni. kalau produk kecantikan lagilah bahaya kan

@Farah Waheda Wahid
tu la.. kena semak.. kadang ada no KKM ada sijil halal tapi semua palsu.. >.<

@najihahfara : betul tu.. setuju sgt!!!

bahaya ni, kena cek betul2 dlu sbeelum beli

mohon para peniaga dan pemborong, check la betul2.. jgn hanya tahu nak ambek untung je..

pasal resdung tu kenapa tak try CMC kak naniy..husna dgr hebat penangan CMC skarang..tp husna sendiri tak dpt nak merasainya lagi buat ketika ini..

kena semak kan KKM la kan naniey :)

Zmn skrg mcm2 sgt produk.kena pastikan betul2 kan naniey bila nk guna tu..

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top