You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Ice Roller Untuk Kulit Lebih Cantik

Ice Roller Murah | Kebaikan Skin Icing | Harga Ice Roller | Ice Roller Untuk Kecilkan Liang Roma | Ice Roller Cantikkan Kulit | Ice Facial 


Assalamualaikum 

Muntah ijo plak nanti orang baca tajuk entri saya nih.  Ni nak citer nak kongsi satu beauty tool yang saya dapat last month.


Ice Roller. Ice roller satu alat yang gantikan ice cubes untuk mencantikkan kulit. Kalau tengok kulit orang korea yang cun melecun cantik flawless tu, kebanyakannya mengamalkan skin icing. Memang bagus untuk kulit. Di sebabkan gune ais ni macam messy jadi terhasillah ice roller ni.. No more messy!

Claims:  
  • Dapat mengurangkan keradangan dan membuatkan kulit glowing. 
  • Mengecilkan liang roma dan mengurangkan tanda-tanda pembentukan kedutan
  • Menjadikan solekan tahan lame
  • Mengurangkan kemerahan
  • Menghapuskan kesan bengkak
  • Mencerahkan lingkaran bawah mata  

Review
  • Quite pricey kalau nak beli tapi boleh gune sampai bile-bile. Boleh beli head roller je in case head roller hilang ke.
  • Mudah nak guna - masukkan head roller dalam freezer dan biarkan. Bile nak guna boleh ambil dan pasang kat handle dan massage. 
  • Saya lebih prefer gune ice cubes sebab kalau buat skin icing saya suke buat ais kiub timun or lemon gitu. Macam ice roller ni tak boleh buat macam tu. 
  • Mengurangkan kesan merah, iritasi - saya guna selepas dermarolling dan memang bagus. Hilangkan merah dan sejukkan muka. 
  • Melegakan kesakitan- kalau pening kepala boleh jugak massage kat dahi. Lol.. Saya kena sengat hari tu kat tangan saya gune ice roller. Memang dapat kurangkan sikit bengkak kena sengat tu. 
Setakat ni saya masih hanya gunakan untuk hilangkan kesan merah selepas rolling session sahaja. Nanti saya nak cube hilangkan lingkaran bawah mata. Berminat nak dapatkan Ice Roller ni boleh order di [SINI] dan gunakan kod diskaun ICEROLLER20.



0 Comment for "Review Ice Roller Untuk Kulit Lebih Cantik "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top