Special Offer

Author

Resepi Lawar Ikan Selar Atau Kerabu Ikan Mudah

Resepi Lawar Ikan Mudah | Resepi Kerabu Ikan | Resepi Kerabu Mudah | Resepi Umai Ikan


Assalamualaikum... 


Baru sempat nak up entri resepi bulan Ramadhan tahun ni. Balik kampung 6 hari rase sekejap je. Setiap hari keluar sebab ada keje yang nak kena settlekan. Hari Jumaat je dapat rest tak keluar ke mane. Alhamdulillah popia mini simpul dah settle dan selamat post ke KL.  [ Tempahan Mini Popia Gulung Sedap ]

Hari sabtu adik buat lawar ikan. Lamenye tak makan. Terus ke pasar cari ikan dan kepah. Kepah masak lemak cili api. Boleh tengok video masak lemak cili api kat sini. Di sebabkan tak de ikan tambang jadi beli ikan selar je la. Sekilo RM14 dapat la 6 ekor je. Fuhhh harga ikan sekarang mahalnya. Ikan biasa je pun.. Walaupun duduk kat tempat ikan, dekat pelabuhan ikan tapi harga ikan tetap mahal ! 

Bahan-Bahan
  • 6 ekor Ikan (ambil isi sahaja)
  • 10 biji cili padi - potong kecil
  • 3 biji bawang merah - hiris nipis
  • 6 biji limau nipis - perah air
  • Daun sup.
  • Gula & Garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Ambil isi ikan, hiris nipis-nipis.
  2. Campurkan cili padi, bawang merah, daun sup..
  3. Perah limau nipis kemudian gaulkan hingga isi ikan jadi putih.
  4. Then masukkan gula dan garam secukup rase. Gaul sekata.
  5. Masukkan dalam peti. Makan sejuk-sejuk best.
Mudah kan? Kalau tak faham boleh refer video kat bawah ni. 



Selamat mencuba. Oh ye, resepi ni kredit to adik me yang memang hantu kerabu dalam rumah kami. 

0 Komentar untuk "Resepi Lawar Ikan Selar Atau Kerabu Ikan Mudah"

IKLAN


PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Back To Top