You don’t have to be big. You have to be remarkable

Cara Kekalkan Berat Badan Di Bulan Puasa

 Cara Elakkan Kehilangan Berat Badan Di Bulan Puasa| Cara Kekalkan Berat Badan Di Bulan Puasa | Cara Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa | Weight Training Di Bulan Puasa

 Assalamualaikum 


Badan tanpa makanan dan minuman selama 9 jam akan  menyebabkan badan menjadi lemah dan tidak bermaya. Jadi, badan memerlukan glukosa yang menyediakan tenaga untuk badan. Glukosa daripada makanan dapat bertahan selama 5 jam dan kemudian badan akan menggunakan simpanan lemak untuk membekalkan tenaga. Oleh itu, badan tanpa makanan dan minuman dalam tempoh berpuasa ini akan menyebabkan kehilangan berat badan. 

Orang lain struggle nak turunkan berat badan bulan puasa ni tapi saya struggle nak maintain berat badan dan agak sukar nak make sure calorie intake cukup bulan puasa ni. Bile badan penat, nak makan pun malas. 

Cara Untuk Mengelakkan Berat Badan Turun 

  1. Makan Ketika Berbuka 2 Peringkat - Sesetengah orang hanya makan kuih dan kurma sudah mengenyangkan tanpa perlu makan nasi (makanan berat) dan pengambilan kalori secara tidak teratur akan menyebabkan penurunan berat badan. Oleh itu untuk mengekalkan berat badan dan menaikkan berat badan, anda makan secara 2 peringkat. Peringkat pertama, berbuka dengan kurma, kuih muih atau salad dan kemudian solat Maghrib. Selepas solat maghrib boleh makan makanan berat seperti nasi (peringkat kedua). 
  2. Jangan Minum Banyak Air Ketika Berbuka - Sekiranya anda mudah merasa kenyang, pastikan anda minum segelas air sahaja ketika berbuka dan tunggu beberapa minit sebelum makan. Seterusnya anda boleh minum air selepas 2 jam anda makan (6-7 gelas air) - Tips Cara Minum Air Dengan Cukup Di Bulan Ramadhan
  3. Pengambilan Snek & Kalori Yang Sihat - Anda boleh makan salad dengan minyak zaitun, kacang, keju rendah lemak, buah-buahan, sayur, sup. 
  4. Jangan Skip Sahur - Adalah penting untuk anda bersahur kerana makan sahur dapat membekalkan tenaga kepada anda sepanjang berpuasa. Sahur juga sunat! 
  5. Workout - Untuk kekalkan body shape dan otot jangan skip workout. Boleh workout lepas solat terawih atau satu jam sebelum berbuka.

Jadi bagi anda yang nak kekalkan berat badan dan juga nak naikkan berat badan sepanjang berpuasa ni boleh amalkan tips di atas ni (amalkan secara sihat). Jangan lupa untuk aktif secara fizikal sepanjang berpuasa kerana ia membantu untuk merangsang selera anda. Bagi yang nak kurangkan berat badan boleh la kurangkan pengambilan makanan, dan elakkan makanan yang tak sihat dan manis. Kawal nafsu ketika ke bazaar Ramadhan. Selamat Berpuasa!





0 Comment for "Cara Kekalkan Berat Badan Di Bulan Puasa"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top