You don’t have to be big. You have to be remarkable

Review Baju Cegah Sakit Tulang Belakang Dr Levine Posture Support

Review Baju Cegah Sakit Tulang Belakang | Review Dr Levine Posture Support | Feedback Baju Cegah Sakit Tulang Belakang | Cara Membetulkan Postur Badan | Masalah Badan Bongkok


Assalamualaikum

Sapa ada masalah sakit tulang belakang boleh baca entri ini. Actually ada banyak jenis baju cegah tulang belakang ni, Macam-macam design ada. Jadi, hari ni saya nak review produk Dr Levine Posture Support. Baju ni sesuai untuk kalian yang selalu sakit belakang mase buat keje atau yang postur tak betul seperti bongkok.


Claims 
  • Dapat mengurangkan kesakitan dan membetulkan tulang belakang
  • Menarik bahu ke belakang dan dan menolak perut ke dalam 
  • Mudah dan selesa di pakai
  • Ringan serta tidak kelihatan jika anda sedang memakai baju ni.
  • Membantu anda lebih tinggi
  • Membantu membetulkan postur badan

Sakit belakang terjadi apabila
  • Anda duduk terlalu lame dengan postur yang salah
  • Posisi tidur yang tidak betul 
  • Tubuh yang gemuk kurang baik untuk wanita di mana wanita gemuk biasanya mempunyai payudara besar yang membuatkan tulang belakang di sekitar dada tertarik ke depan. Perut buncit juga boleh membuatkan tulang belakang bahagian bawah ikut tertarik ke depan
  • Pakaian yang terlalu ketat seperti jeans ketat, baju ketat, high heels yang boleh memberi kesan kepada postur badan. 

My Review
  1. Baju ni sememangnya dapat menarik bahu ke belakang dan membetulkan postur badan yang membongkok. Jadi kalau kalian yang jenis bahu macam bongkok atau tak tegap boleh dapatkan produk ni. Highly recommend !!
  2. Selesa di pakai dan mudah dibasuh.
  3. Memang dapat hilangkan sakit belakang memandangkan keje saya seharian mengadap pc dari pukul 10 pagi hingga la pukul 9 malam. 
  4. Harga mampu milik. 
  5. If pakai kat dalam baju memang tak nampak yang kalian sedang pakai posture support ni cume mungkin bagi yang jenis kulit sensitif dan mudah berpeluh akan merasa tidak selesa. 
  6. Yang tak best tentang baju ni adalah warna putih dan jahitan yang kurang kemas. After 5 kali pakai, benang dah tertetas. Grrrr..(rujuk gambar di atas) - nasib boleh pakai lagi. Heee

 

Recommend? Yes!! 

Sekian sahaja review dan perkongsian kali ni. Jumpa lagi next entri.



0 Comment for "Review Baju Cegah Sakit Tulang Belakang Dr Levine Posture Support "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top