You don’t have to be big. You have to be remarkable

Promosi Ramadhan Di Pizza Cottage Wangsa Maju

Promosi Ramadhan Di Pizza Cottage Wangsa Maju | Pizza Cottage Wangsa Maju | Pizza Cottage Malaysia | Promosi Berbuka Puasa Murah KL


Assalamualaikum 

Jumaat lepas pergi ke bank nak tukar duit raye, malangnya bile sampai depan pintu bank, naik tanda closed tergantung kat pintu. Mak guard buat isyarat no.. no bank closed ady..! Damn! Haishh.. Terpaksa pergi hari ini ke bank. Semoga dipermudahkan urusan tukar duit raya ni. Selama ni orang lain yang tukarkan, saya tunggu dapat je. Tahun ni kena buat sendiri dan belajar sendiri tukar duit raya. Di sebabkan bank dah tutup jadi, kami decide ke Aeon Big Wangsa Maju yang lebih mudah nak pergi dan tak sesak. 

Kredit : Blog Best Food KL
Pusing-pusing dalam Aeon Big tengok diskaun 50% baju melayu, jubah, baju kurung moden semua cantik-cantik. Dua hari sebelum tu, masa pergi Aeon Big memang ramai orang shopping baju raya sebab terlalu murah. Kain cantik, design pun ok, harga RM89.90 selepas diskaun jadi RM44.95. Murah? Sangat murah! 

Lepas dah pusing satu Aeon Big tu, then cari tempat nak berbuka puasa. Tengok apa yang menarik dan tertarik untuk diisi dalam perut. Kemudian sampai kat depan Pizza Cottage tengok promosi ramadhan yang ditawarkan agak menarik hati Lurviey. Jadi kami pun decide berbuka kat Pizza Cottage ni.  

 Suasana waktu menunggu berbuka puasa. Memang penuh orang mase ni kat sini. 

Rasenye inilah kali kedua kami menunggu waktu berbuka puasa kat dalam kedai. Last menunggu waktu berbuka puasa macam ni zaman uni dulu. Setelah sekian lame menunggu akhirnya makanan pun sampai. 

Kami order Egg Puloa Combo 2 set. Ada nasi, ayam goreng, mushroom soup, sambal (tak pasti sambal apa, rase macam kuah percik pun ada) dan air. Harga RM6.90 sahaja. Rase sedap dan akan order lagi set ni nanti. Kenyang!

Chicken Maryland ni kami order 1 set sebab nak mencuba. Untuk set ni tak dapat air tau. Rasenya tak berapa nak sedap bagi kami dan tak kan order dah set ni. Fries sedap. Coleslaw die rase lemak-lemak macam seperti mayonis lady's choice which is saya kurang suka sebab terlalu lemak dan masam. Sos black pepper tu pedas. Of course pedas sebab black pepper kan. Maksud saya kat sini, rasenye pedas semata seperti tak cukup rase.

Overall, puas hati makan kat sini sebab set nasi tu memang sedap dan mengenyangkan. Cume set chicken maryland ni kureng sikit bagi kami. Tiada service charge. GST RM1.24. Total termasuk GST RM21.95. Alhamdulillah..

Lokasi 
Pizza Cottage ,Lot F1-12, Aeon Big Wangsa Maju
No Telefon : 03-41319960

0 Comment for "Promosi Ramadhan Di Pizza Cottage Wangsa Maju"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top