You don’t have to be big. You have to be remarkable

Pengalaman COD Dengan LAZADA Malaysia

Pengalaman COD Dengan LAZADA Malaysia | LAZADA Malaysia | Servis Taqbin Malaysia


Assalamualaikum

Baru berkesempatan untuk update pengalaman shopping dengan LAZADA Malaysia. Saya ni bukan kaki shopping sangat pun kecuali ada barang yang betul-betul saya nak beli baru la beli. 11 November saya pun tak nak lepaskan peluang nak shopping kan katanya harga sangat-sangat murah.

Lepas dah pilih barang yang nak beli saya pilih shipping method cash on delivery (COD) which means bayar mase barang dihantar. Saya ingat COD tu barang dihantar pada hari kedua or ketiga lepas buat payment rupenye tak. Tapi dalam website Lazada dan tulis siap barang akan dihantar masa tarikh tertentu. Bile dapat tracking no tu baru tahu barang tu dari Penang. Ingatkan sekitar KL/Selangor je.

Yang urus buat penghantaran ni Taqbin Malaysia and seriously saya sangat TIDAK BERPUAS HATI dengan servis Taqbin. Call berkali-kali tak jawab menghabiskan kredit sahaja! Email tak reply. 2 kali email tak reply. Then saya isi form kat website Taqbin tu baru ada respon. Lepas pada respon tu on the spot hantar barang. Nampak tak jam 8.52 malam keluar hantar. Pandai dan sungguh bijak Taqbin ni tak letak no telefon kat branch berkenaan supaya customer tak call. Customer call dekat no yang disediakan yang langsung tak de manusia jawab! Haram jadah betul abis kredit aku saya!! Yang bengangnya sebab tak dapat ke mana-mana semata nak tunggu delivery ni. Tak ke buang masa semata nak tunggu barang sampai berhari-hari kena tunggu.

Lepas ni kalau nak shopping kat Lazada lagi tak nak guna method COD ni. Baik by pos lagi cepat mudah dan tak menyakitkan hati. Tak kan nak tunggu customer hantar email marah-marah baru nak respon. Overall Lazada ok, supplier pun ok, cume courier je yang tak OK! Sekian perkongsian pengalaman first time shopping kat LAZADA.

 


0 Comment for "Pengalaman COD Dengan LAZADA Malaysia "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top