Assalamualaikum...
Sarapan Di Kopitiam Lembah Melewar | Sebenarnya dah banyak kali lalu depan kedai ni masa pusing pusing ambil angin waktu pagi tapi tak pernah berhenti pun. Orang sentiasa ramai. Semalam dan hari ni kami singgah breakfast kat sini. Plan asal nak breakfast kat Kedai Kak La Padang Balang tapi penuh dan beratur panjang. Malas aku nak beratur panjang. Aku ajak Lurviey makan kat sini.
![]() |
| Ada mee kari. Terus masuk kedai 😁 |
Bila tengok ni baru tahu nama kedainya, Kopitiam Lembah Melewar. Terletak berhampiran dengan Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz (Fasa 1).
![]() |
| Kampung vibes dan selesa |
Masa aku datang semalam orang tak ramai sangat tapi hari ni memang full house. Walaupun full house tetap selesa dan servis cepat. Tak de la lama sangat menunggu makanan.
Nasi lemak RM1.50. Murah kan? Kalau nak nasi lebih RM2.50. Sedap berlemak dan cukup rasa.
Roti canai RM1. Sedap juga. Makan sementara tunggu soto dan mee kari sampai.
Di mana ada mi kari, semestinya aku akan order. Mi kari ada sawi, taugeh, tauhu, ayam, l byimau kasturi. Rasa kuahnya memang menepati tekak aku. Ala ala mi kari nyonya. Sumpah sedap gila dan memang akan jadi tempat fave aku untuk makan mi kari 😋. Harga RM5.
Soto tanpa bergedil. RM5. Nak bergedil kena add on. Bukan semua orang makan bergedil walaupun sebenarnya soto memang orang makan dengan bergedil. Naura dan Aryan makan soto. Isi ayam, fish ball, fish cake, dan sawi mommy yang habiskan. Kuah sup dia sedap.
Naura dan soto. Happy dia sebab tak payah share. Dah besar memang tak boleh share dah kalau makanan fave macam ni.
Aqeel makan yogurt cheesecake mommy buat. Nasib baik dah boleh duduk dalam baby chair jadi mommy boleh menikmati mi kari kegemaran mommy dengan tenang. Alhamdulillah...
Tag :
jalan-jalan cari makan










0 Comment for "Sarapan Di Kopitiam Lembah Melewar "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)