You don’t have to be big. You have to be remarkable

Simple Asam Pedas Ayam Adabi

Simple Adabi Asam Pedas Ayam | Masak Asam Pedas Ayam Mudah | Resepi Ringkas Dan Mudah 


Assalamualaikum 

Hello #madnessmonday . Hari ni merajinkan diri keluar awal ke PJ sebab teringin nak makan nasi lemak sambil morning walk tengok suasana hari Isnin. Lol. Supaya diri ni lebih bersyukur tabah dan bersemangat bekerja. Sette keje terus masuk Giant cari barang nak masak untuk lunch. Tapi disebabkan masak menggunakan rice cooker je jadi benda yang simple je saya masak. Saya beli drumstick ayam, perencah Asam Pedas Adabi dan daun kesum! Simple je lunch of the day. 3 bahan ni sahaja, tanpa garam, gula dan minyak).Nak beli ikan, ikan tak segar. Jadi buat dengan ayam pun OK.

Harga makanan dah naik ke?Katanya dah naik. Tempat yang selalu saya beli makan memang mahal. Lepas minyak naik ni tak pasti sama ada harga naik or tak. 1 ketul ayam + nasi putih RM7..  Last but not least, highly recommended PERENCAH ADABI ASAM PEDAS ni. Sedap dan puas hati. Tak same dengan satu brand asam pedas yang lain (lupa plak jenama apa). Asam pedas ni rasa macam mama masak kat rumah tapi kat rumah tak gune perencah macam ni pun. Buat sendiri. Uhuks.. Rindu masakan mama. Lambatnya dapat balik rumah...

Tag : resepi
2 Comment for "Simple Asam Pedas Ayam Adabi "

eh tanpa garam?? perencah tu dah ada rasa ea..

hee ye kot. dah perfect cukup rase je mase buat tu.

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top