You don’t have to be big. You have to be remarkable

Kari Di Suberi Nasi Kandar

Suberi Nasi Kandar | Santai Makan | Makan-Makan RNC


Assalamualaikum 

Semalam settle bike customer ajak Lurviey ke Suberi Nasi Kandar kat Setiawangsa. Teringin kari. Fave kari memang cari kat Suberi ni tapi kari die tak macam kari mamak la but still my fave. Sampai Setiawangsa kecewanya sebab kari yang saya selalu ambil tu habis. Ayam goreng pun tak de. Emmm kecewanya. Tak pe lah.. Tunggu balik kampung next year nak makan kari mama masak guna rempah dari Penang. Kari rempah yang adik beli dari Penang tu memang lain dari yang lain. Lain dari iklan-iklan rempah kari yang ada kat dalam tv tu. Fuhhh.. Menambah-nambah. 
So disebabkan kari tak de, Lurviey order roti canai dan saya order mee goreng basah kat gerai lain dalam kedai Suberi tu. MEE GORENG PEDAS BASAH. Sampai-sampai macam mee goreng hailam la. Adehh.. Makan je la. Pedas tu memang pedas, tapi bile tergigit cili api perghhh berapi-rapi la. 
Roti canai memang sedap tapi still yang best kat Suberi area Dato Keramat tu. Kuah Dhal. Saya ingatkan kuah kari sebab saya memang tak suke dhal dan juga kuah tak nampak macam kuah dhal. Lepas makan roti, Lurviey order mihun goreng kat gerai yang saya order mee goreng tadi. Lurviey cakap sedap mihun goreng tu.

Total mee goreng basah & mihun goreng RM10. Murah kan? Kat Suberi plak RM2.70 sahaja, roti telur 1, teh limau ais 1, air kosong 1. Murah tak? Bagi saya murah. Malam plan nak makan ikan kat Nuri Seafood tapi sampai je kat Nuri ikan siakap dah habis, ada kembung dan bawal je. Cancel la plan nak makan set ikan. Next time la. Lagipun malam semalam dorang tutup awal sebab hari ni cuti hingga 4hb. Plan hujung minggu ni nak makan di Shish Bish sebab dapat offer diskaun daripada pihak Shish Bish... Alhamdulillah.



1 Comment for "Kari Di Suberi Nasi Kandar "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top