You don’t have to be big. You have to be remarkable

Restoran Arab Shish Bish Kuala Lumpur

Restoran Arab Shish Bish Kuala Lumpur | Arabic Cuisine In Malaysia | Restoran Arab Di Malaysia | Shish Bish M3 Mall | Makan-Makan RNC


Assalamualaikum 

Minggu lepas teringin nak makan makanan arab. So lepas settle post bike terus ajak Lurviey masuk Restoran Shish Bish kat M3 Mall. Restoran ni bersebelahan food court je . 

Saya suka suasana di restoran ni. Sejuk, muzik arab yang tak menyakitkan telinga, bau masakan yang menyelerakan, suasana tenang dan tidak bising. Lepas tengok menu saya order Mandi Rice dan Lurviey order Kabsa Rice. Boleh tengok video kat bawah ni untuk lihat decoration dan suasana di Shish Bish. Mohon maaf sebab lighting dan gambar kurang ok sebab rekod gune kamera fon. Lupe nak bawak kamera. Lol..

Kat atas ni Mandi Rice. Dalam video ada part saya tukar ayam dengan Lurviey sebab saya tak suke bahagian isi ayam. Hehe.. Lurviey dapat bahagian thigh jadi saya mintak tukar sebab saya suke thigh. Mandi Rice dan Kabsa Rice memang sedap dan mengenyangkan. Salata pun sedap cume sup je saya kurang suka.


Next time nak datang lagi cube shawarma pulak. Laparnye.. Sekian sahaja perkongsian #makanmakanrnc kali ni.

Restoran Shish Bish
67, Jalan Madrasah, Gombak Setia, 
53100 Kuala Lumpur
+60 3-8686 4584

Di buka setiap hari jam 10 pagi- 10 malam
 



 
 
 
0 Comment for "Restoran Arab Shish Bish Kuala Lumpur "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top