You don’t have to be big. You have to be remarkable

Santai Makan Di Medan Selera Jerteh Terengganu

Santai Makan Di Medan Selera Jerteh Terengganu  | Medan Selera Jerteh | Santai Makan | Tempat Makan Di Jerteh


Assalamualaikum 

Baru ada masa nak update entri. Khamis lepas pergi ke Medan Selera Jerteh Terengganu cari makan. Dulu masa papa sihat memang suke datang sini setiap kali balik kampung. Cari apa kat kat sana? Cari nasi dagang ganu ler. Jauh kan dari Kelantan ke Terengganu. Lol.. Pasir Puteh dengan Jerteh dekat je, dalam setengah jam dah sampai.  Datang sini menu wajib untuk papa, nasi dagang. Kalau mama memang tak suke membeli makanan kat luar. Just kadang-kadang je tapau nasi kerabu. Mase pergi last week pun mama tak beli apapun. Kebetulan memang keluar ambil adik balik dari Kota Bharu. 
Sampai sane saya pun tak tahu nak beli apa. Sebab pergi tak dirancang jadi dalam kepala otak tengok je la apa yang tekak teringin. Orang tak seramai dulu. Mungkin harga makanan pun dah naik. Minyak naik harga for sure naik. Nak beli akok pun tak sesedap dulu. Dulu sedap lemak je makan akak. Akok sekarang tak sesedap dulu. Untuk papa belikan nasi dagang, then saya beli gulai kaki ayam dan kaki ayam RM5. Sekali amik kau.. Penuh plastik besar. Ingatkan RM5 sikit. Habis makcik tu letak dalam plastik besar. Alhamdulillah boleh makan dengan nasi. Bahagian tulang ayam ni best. Hehe.. 
 
Lepas tu pusing kat gerai nasi air, sup dan kuih muih. Tengok nasi air tak rase teringin plak nak membeli. Biasanya datang sini memang beli satu untuk lepas gian sebab time balik baru boleh makan nasi air. 
Then pusing gerai lain pulak. Tengok ada satu kedai ni ramai orang beli nasi lauk. Saya ternampak kerabu. Ya Allah sedapnya. Adik saya cakap 'kerabu perut kak'. Okeh kite tapau kerabu perut. Saya nampak perut air asam. Tapau jugak! RM5. Alahai ciput je RM5. Kena beli RM15 baru cukup nak meratah. *makan ke melantak?. Perut memang mahal so acceptable la dapat ciput je. 
Perut air asam RM5, berbaloi or tak? Nasib baik sedap! Nak banyak buat sendiri naniey! Santai makan lepas ni nak terjah mane pula ye? Nantikan entri seterusnya. Banyak pending entri santai makan ni. Boleh klik kat menu tabs santai makan for more entri santai makan. Have a great weekend!


0 Comment for "Santai Makan Di Medan Selera Jerteh Terengganu "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top