Khasiat Dan Review Pil Haruan Menyembuhkan Luka Dengan Pantas

Khasiat Dan Review Pil Haruan Menyembuhkan Luka Dengan Pantas | Pil Haruan Untuk Sembuhkan Luka | Review Produk | Khasiat Pil Haruan


Assalamualaikum
Kalau sebut ikan haruan ramai sudah tahu kebaikan ikan haruan mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan atau luka luka biasa. Kali ni saya nak kongsikan tentang Pil Haruan ni. Sebenarnya saya beli Pil Haruan ni untuk jerawat resdung disebabkan Tok Imam (yang jual pil ni) cakap bagus untuk masalah jerawat resdung.. 

Khasiat Pil Haruan 
  • Membersihkan darah yang kotor
  • Melegakan gatal-gatal kulit
  • Menyembuhkan luka dalam
  • Menguatkan tenaga
  • Melegakan batuk kering
  • Melegakan sakit pinggang, sakit urat dan sakit sendi-sendi
Nampak gambar luka dalam kat atas ni. Ni kena besi dan tak perasan pun ada besi tajam. Sedar-sedar je darah dan banyak dan rase pedih sikit. Tak tahu nak cakap macam mane darah terlalu banyak mase tu. Duk basuh dengan air je.. Macam biasa malam sebelum tidur saya telan Pil Haruan sebab nak hilangkan jerawat. Selepas 4 hari telan pil Haruan tu tangan dah makin ok. Tak sangka pulak terlalu cepat luka sembuh macam dalam gambar kat atas. 22 April gambar latest, ada sedikit parut kecil macam dalam gambar. Boleh refer video kat bawah entri ni

Review Pil Harun 
  1. Bau memang tak best la, so kena cepat cepat telan. 
  2. Tak berapa berkesan untuk treat masalah jerawat resdung saya.
  3. Sangat bagus untuk melegakan, menyembuhkan luka luka dalam. Boleh refer gambar yang saya letak. 
  4. My mom consume ni kata badan rase ringan badan dan adik saya dah tak bersin waktu pagi macam sebelum ni. 
  5. Harga dalam RM25++. Ok la tapi tak pasti kat mane nak dapat. Kena mintak my mom la tolong poskan jawabnya. Lol..  


 Till then, thank you.. Jumpa next entri.

0 Komentar untuk "Khasiat Dan Review Pil Haruan Menyembuhkan Luka Dengan Pantas "

IKLAN


Back To Top