You don’t have to be big. You have to be remarkable

Sinki Terkena Asid Dan Cara Penyelesaiannya

Sinki Terkena Asid Dan Cara Penyelesaiannya | Sinki Kena Asid | Sinki Kotor Dan Hitam


Assalamualaikum

Akhir tahun lepas masuk rumah sewa baru. Alhamdulillah dapat owner yang bagus, rumah pun ok. Sinki pun dapat sinki baru tapi yang tak bestnya bile orang yang buat piping tak alihkan sinki mase bersihkan lubang sinki yang tersumbat angkara penyewa sebelum ni. Habis weh sinki yang baru tu. Sakitnya hati bile tengok daripada cantik bersih berkilat terus bertukar jadi hitam.

Tak kan nak beli sinki baru kan? Maka saya tanya Kelab Deko apa yang patut saya buat dengan sinki tu. Mostly cakap boleh fix dengan Autosol. Ok, fine. Mase masuk rumah tu seminggu tak masak dan dalam mase seminggu tu baru ambil keputusan untuk beli Autosol. Autosol boleh cari kat kedai Hardware. Ada certain kedai harga below RM15 tau, tapi saya dapat harga RM14.80. Ok la, yang penting sinki kena bersih dari hitam hitam tu. Sakit mata tengok. 

Dah dapat Autosol balik terus sental sental. Guna kain kering dan pastikan sinki pun kering. Kena gonyoh dan sental kuat sikit tau. Jenuh juga la nak buat satu sinki tu. Boleh tengok video kat bawah ni. 


Sekian sahaja perkongsian kali ni. So, kalau sinki kalian kena asid boleh la cari Autosol dan bersihkan terutama jika sinki kalian sinki baru. Kalau yang dah karat karat banyak tu dah boleh beli baru dah ye.. Till then, thank you for reading. See you next entry. Have a great day !


0 Comment for "Sinki Terkena Asid Dan Cara Penyelesaiannya"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top