You don’t have to be big. You have to be remarkable

Busy Ala Mak Mak

Assalamualaikum 

Lame betul aku menyepi kan... Lame sungguh aku tak menulis kat sini. Rindu sangat ni, tu yang aku come back ni. Lol.. Tengok tajuk tu macam Mak Cik Joyah sangat kan. Busy ala mak mak konon. Kadang berasap kadang tak juga dapur aku tu. Aku tabik spring la kat mak mak yang ramai anak dan tak kerja tapi rumahtangga beres. Tak lupa juga yang kerja.. Walaupun kerja tapi rumah tangga tetap beres.. Aku ni masa fleksibel pun kadang ada yang tak beres tapi aku cube bereskan. 

Setiap hari benda wajib kena fikir, esok nak masak apa breakfast dan lunch. Dinner dah jarang sangat da aku dengan Lurviey makan. Biasanya masak Oden macam tu je buat hirup waktu malam. Lepas tu fikir nak kemas rumah. Biasanya aku kemas waktu malam sebelum tidur. Sapu rumah siap mop sekali ! Nanti #nauracerdik bangun habis die 'mengemas' aku pulak yang sakit mata. So, rumah aku nampak sedap mata memandang bile anak aku tidur je. Die celik je mata, macam macam die 'kemas'. 

Ok lah nanti aku tulis lagi kat sini. Banyak nak cerita. Semua pending. Review aku pun banyak lagi yang pending... Slowly but surely. InshaAllah... 



Tag : nanieydom
0 Comment for "Busy Ala Mak Mak"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top