Pengalaman Belajar Buat Roti

Pengalaman Belajar Buat Roti | Kelas Buat Roti | Cara Buat Roti

Assalamualaikum 

Jumaat lepas pergi pejabat pos Setiawangsa untuk settlekan payment dengan Western Union.. Oh ye lupa nak kongsi, jika korang nak send money dengan transfer fee RM10 sahaja korang boleh isi detail di apps kemudian hanya bayar di kaunter agen Western Union. Memang murah berbanding korang pergi direct dan isi form. Beza almost RM50 jugak tau (fee ikut negara korang transfer) . Lepas settle payment tu mama (MIL) call ajak datang rumah lunch. Terus gerak rumah mama. 

Sampai rumah, makan makan dulu kemudian buat roti. Belajar buat roti tau. Guna bread maker. Agak sukar jugak sebab ni first time aku belajar buat roti. Respek kawan kawan yang buat bisnes roti ni. Kesabaran kena tinggi. Passion nak buat roti pun kena ada, barulah roti sedap bile customer makan. 

Aku paling takut nak buat benda benda yang melibatkan uli menguli ni. Kalau kek tak payah nak uli pun. Bancuh guna mixer or blender kemudian terus masuk oven or kukus atas dapur. Siap. Tapi roti tak... Roti kau kena buat step by step. Kena make sure doh kembang elok semua then nak bentuk bentukkan lagi. Silap buat, doh keras, roti pun tak sedap. 

Alhamdulillah roti yang aku belajar buat ni sedap ! Terasa nak buat lagi nanti.. Nak menabung beli bread maker jugak la nanti. Tapi sebelum beli bread maker aku nak beli pressure cooker dulu. 12.12 ni ada sale yang best tak? 


0 Komentar untuk "Pengalaman Belajar Buat Roti "
Back To Top